Nukilan : Nurul
Laluna
PART 1
Hening pagi yang indah terganggu
dengan bunyi deringan telefon. Nada
dering lagu Cn Blue menjadi pilihan
Alisya Humairah. Dengan mata yang masih
tertutup, Alisya menggapai telefon bimbitnya lagu di matikan nada dering itu,
telefon bimbit disuakan ke telinga comel miliknya.
“Hello…,” Alisya
bersuara. Pendek.
“Hello..Alisssss…!
Woii..suara! Kau tidur lagi ke?,” suara garau kedengaran agak bingit dari audio
telefon bimbit itu membuatkan Alisya menjarakkan sedikit dari cuping
telinganya.
“Yah! Cakaplah
la slow sikit.. pekak telinga aku.
Ha..ah lah, aku tidur lagi. Cuti kot. Mengantoklah… ,”balas Alisya sedikit
menjerit. Kedengaran hilai tawa dari si
pemanggil.
“ Kau memang tak
boleh harap. Bangunlah weh… semalam kata
nak nasi lemak Mak Jah. Aku dah beli ni,
bukak la pintu. Apa punye anak dara la
kau ni.. haishh… ,” serentak dengan itu
kedengaran bunyi hon motor dari luar pagar rumah sewa milik Alisya dan 5
lagi rakan karibnya.
“Haa…lah. Aku nak bangunlah ni. Kecoh ahh.. ,” balas
Alisya sambil mematikan panggilan.
Pantas dia menarik sehelai tudung sarung Syria yang mudah dipakai terus
di sarungkan bagi menutup kepalanya.
Setelah melihat wajahnya di cermin.
Alisya bingkas bangun sambil menolak kaki Fatimah yang masih lena dibuai
mimpi indah. Mimpi buah hati barangkali
detik hati kecil Alisya, melihat Fatimah tersenyum-senyum dengan mata
terpejam. Hatinya tergelak kecil.
Sebaik sahaja
meninjau dari sudut jendela hadapan, kelihatan dua pemuda di atas sebuah motor
EX5. Tanpa memakai topi kaledar
keselamatan berada di hadapan pintu pagar utama rumah.
“
Assalamualaikum… oi tuan rumah. Cepatlah bukak pintu ni, lama dah kita orang
tunggu ni ,” balas pemuda yang berbaju putih berseluar pendek ala hawai. Seorang lagi rakannya sibuk membelek telefon
bimbit nokia kepunyaannya.
“Wa’alaikummussalam. Memekak depan rumah orang pepagi ni, jiran
aku nak tidurlah weh…,” balas Alisya sambil menyarung selipar berwarna ungu
miliknya. Sambil menjegilkan kedua biji
matanya yang bundar kearah sahabatnya yang sedang mengekek gelak melihat
telatahnya yang cepat naik darah.
“ Haa.. nah amik
nasi lemak korang ni, bak duit. Duit
upah sekali tau… haha. ,” balas Zainal berseloroh. Sahabat yang membonceng dibelakangnya hanya diam
tanpa sepatah kata. Tidak berminat masuk
campur.
“Alright bro… nah duit. Thank you beb! Merasa gak gua makan nasi
lemak Mak Jah yang superb sedap ni pepagi…,” balas Alisya sambil menyambut
huluran nasi lemak dalam plastic besar.
Terdapat 7 bungkus nasi lemak didalamnya.
“Kau order
sampai 7, siapa lagi sorang nak melantak tu?,” Tanya Zainal kehairanan. Setahu Zainal, dalam rumah dua tingkat itu
hanya terdapat 6 orang awek cun sahaja yang menyewa, atau mungkin mereka ada
tetamu yang tumpang tidur di rumah mereka.
Zainal memandang tepat ke mata Alisya.
Alisya mengangkat keningnya kepada Zainal sambil membalas.
“Kau macam baru
kenal aku sehari dua Nal… aku punye perut.
Satu tak cukup maa… 2 baru Umm! Haha…,”Alisya mengenyitkan matanya. Nakal.
“Hahaha.. chait!
Mengalahkan perut aku plak haa… bela saka ke oi?,” balas Zainal sambil mengekek
gelak. Geli hati melihat perangai Alisya
yang tak serupa langsung dengan namanya yang melambangkan keayuan.
“Ala suka hati
aku lah nak makan banyak mana. Perut aku
kot…ko lain la. Kempeng. Apa pon tak boleh…,” balas Alisya sambil mengangkat
keningnya.
“Okaylah Alis, aku caw dulu…bebudak dah tunggu kat rumah tu. Papehal roger okey, jangan lupe text aku.. hehe ,” balas zainal sambil mengenyitkan matanya nakal kepada Alisya.
Alisya hanya
tertawa sambil mengacukan penumbuk ke arah Zainal yang memang kuat
berseloroh. Pemuda yang berada
dibelakang Zainal tidak diendahkan. Dia
hanya mengetahui bahawa pemuda itu bernama Shah dan dia adalah salah seorang dari
penghuni rumah sewa Zainal. Alisya
menghantar pemergian teman rapatnya itu dengan pandangan sahaja. Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan,
Alisya segera menutup pintu pagar dan berlari anak masuk ke dalam rumah.
Begitulah rutin
mingguannya, dia amat berterima kasih kepada Zainal dan beberapa orang lain
teman rapatnya yang lain. Kehidupan
sebagai seorang pelajar dan jauh dari keluarga membuatkan mereka bertambah
rapat. Disini sahabatlah keluarga
mereka. Tempat berkongsi susah dan
senang.
Alisya memang
ramai kawan lelaki, tetapi masing masing hanya berkawan rapat tanpa mempunyai
hubungan lebih dari itu. Hal ini kerana
sikap Alisya yang happy go lucky dan mudah di ajak berjenaka amat menyenangkan
hati ramai orang untuk bersahabat dengannya.
Sikapnya yang peramah dan mengambil berat amat di senangi oleh
kebanyakkan rakan-rakannya.
Walaupun Alisya
seorang gadis bertudung, dia masih aktif bersukan dan perangainya memang
sedikit ganas berbanding rakan-rakan perempuan seusianya. Hal itu menyebabkan dia lebih ramai kawan
lelaki berbanding perempuan.
Bagi Alisya dia lebih
selesa bersahabat dengan kaum yang berlawanan jenis darinya kerana mereka lebih
jujur dalam berkata-kata. Tidak cakap belakang.
Mengenangkan perangai
sahabatnya tadi, Alisya tersenyum sendirian. Perutnya mula bergelodak kelaparan. Pantas Alisya mengapai pinggan dan sudu. ‘Nasi
lemak sesedap ni kalau dibiarkan lama-lama nanti sejuk, rugi…baik makan sekarang’
bisik hatinya.
Selepas membaca doa
makan, tangan Alisya pantas menyuap nasi lemak warung Mak Jah itu kedalam mulutnya.
‘Em… sedap!’
Nasi lemak yang menjadi
‘favourite’ pelajar-pelajar kolej berhampiran
dengan warung Mak Jah itu memang menjadi santapan istimewa Alisya setiap minggu.
Begitu juga dengan rakan rakan serumahnya
yang lain.
Sambil menyuap nasi
ke mulut, fikiran Alisya menerawang jauh. Berangan dan tersenyum.
No comments:
Post a Comment