Assalamualaikum wbt.
ahlan wa sahlan ke blog kite yang dah lame berhabuk tak di update.
Alhamdulillah diri ini masih di berikan kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi yang Maha Esa, masih di berikan peluang untuk bertaubat dan menghabiskan sisa waktu sebelum waktunya di panggil mengadap yang Maha Pencipta.
seperti yang tertera pada tajuk di atas, perniagaan adalah sunnah dari Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dan isteri tercinta baginda Khadijah <3 p="">
Ianya menjadi pembakar semangat jua untuk sama sama mengikut jejak sunnah Baginda saw dengan berniaga. berniaga la apa sahaja asalkan ianya halal, bermanfaat untuk manusia lain dan di redhai sumbernya oleh Allah swt.
Mengapa perniagaan di katakan sunnah? Dahulu nya tidak terfikir untuk mendalami mengapa ianya sunnah, hanya sekadar mengikut tanpa menerokai disebaliknya.
Setelah menceburkan diri dalam bidang perniagaan bermula dari awal tahun ini, alhamdulillah.. di bukakan pintu hati untuk memahami maksud tersirat di sebalik usaha sunnah ini.
Bila mana seseorang tu terlibat dengan perniagaan, banyak perkara harus di jaga dan teliti dengan baik bagi memperoleh sumber rezeki yang berkat dan yang di redhai oleh Allah swt.
Antara perkara yang harus di jaga adalah :
1. Amanah/Kejujuran
perkara yang berkait dengan duit/wang dan perjanjian. setelah mengambil duit dari pelanggan, janji untuk memberi perkhidmatan terbaik harus di laksanakan dengan jujur dan amanah. Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
2. Sifat Sabar.
Pabila dikatakan berurusan dengan yang nama nya manusiawi, haruslah di pupuk sifat sabar dalam diri, jiwa dan hati. Oleh kerana setiap manusiawi di bumi ini mempunyai kelemahan dan kekurangan ilmu untuk memahami etika menjaga hati dan akhlak. sifat sabar adalah sangat penting dalam melayani karenah pelanggan yang kadangkala mencabar kewibaan jiwa dan akal. dengan adanya Ilmu dan Imaan, InsyaAllah ianya dapat di pelihara dan dipupuk semoleknya. Sabar itu ada hikmahnya, Allah menilai usaha sabar kita. Ganjaran hebat menanti di syurga :')
3. Ukhwah/Silaturrahim
Pentingnya menjaga ukhwah/silaturrahim kerana ianya akan membantu kita dipermudahkan meninti titian sirat kelak. Dalam berniaga, pasti nya ada daya saing yang tak mungkin dapat dielakkan. tapi percaya la 200% , rezeki itu dari Allah swt. Dia yang Maha Pemberi, Maha Pemurah. Mohon lah dari Nya. Elakkan sifat dengki dengan kejayaan orang lain, bangkit dengan semangat dan kreatifan yang unik untuk bersaing dengan sihat. pelihara hubungan dengan Maha Pencipta, jaga hati dengan melihat hanya kepada perkara positif, dan perbanyakkan sedekah untuk ganjaran lumayan yang Allah gantikan. InsyaAllah.
Setelah melalui proses penghijrahan, diri terasa tak ingin berpisah dengan imaan. Akan tetapi dalam mengelosori kehidupan yang bergolak ombak menghadapi dugaan dan rintangan dalam menjaga hati untuk husnodzon dan istiqomah kadangkala terjatuh, tersembam, terlalai, leka dengan hasutan duniawi yang mengoda.
Alhamdulillah, Allah masih sayang pada diri, pada imaan yang dipupuk senipis bawang ini. Akan ku cuba mempertahankannya semoga sentiasa di berikan kecekalan, ketabahan, kesabaran dan ketakwaaan untuk terus berada di Jalan Ibadah, Jalan Orang2 beriman, menjadi manusia beruntung dipilih Illahi untuk syurga nanti. Aaamiin..
semoga Anda kaya dan Berjaya serta BERIMAN <3 p="">
doakan diri sendiri dan keluarga, doakan ummah juga. Laila saedah wa ahlaam ladida.
wassalam.
Iklan : Butik Seri Pinang, Merlimau Melaka
3>3>
Business seorang muslimah yang ingin memberi manfaat dalam bidang perkahwinan, seperti mini pelamin, hantaran, photobooth, photography, printing banner dan kad kahwin.
bole layari http://lalunawedding.blogspot.com atau whatsapp 013-6499824 untuk melihat dekorasi dan contoh gubahan hantaran.
semoga anda sentiasa di redhai Nya. aamiin.
.
Friday, November 14, 2014
Wednesday, June 4, 2014
Novel Cinta Islamik : Seindah Biasa Part 2
Nukilan Seindah
Biasa
Part 2
Peperiksaan
akhir semester hampir tiba. Semua
pelajar senior mahupun junior, sibuk menyelesaikan tugasan
akhir masing –masing sebelum tibanya minggu study
week. Perpustakaan Kolej di penuhi
manusiawi yang berlumba-lumba mencari ilmu untuk jaminan sebuah masa hadapan
yang bernilai.
Begitu juga Alisya dan
rakan-rakannya. Walaupun mereka tidak
turut sama memenuhi perpustakaan, mereka tetap sibuk menyelesaikan projek akhir
sebagai seorang mahasiswa, kerana ini merupakan semester terakhir mereka
sebelum memulakan sesi latihan industri.
Perasaan berdebar bercampur baur dengan keterujaan. Mana tidaknya, persiapan sepanjang dua bulan
mencari segala informasi di beberapa buah syarikat terpilih bagi menyiapkan
projek akhir kumpulan mereka kini hampir ke garisan penamat yang dinantikan.
Penilaian
berdasarkan report dan pembentangan itu amat penting bagi menaikkan lagi CGPA
mereka. Hal ini kerana ianya akan
mempermudahkan mereka mendapat tempat di syarikat yang terpilih bagi latihan
industri.
“Aku nervous giler weh… Ottohkea?
Arghh..stress gini. Fuhh…!,” Ujar Alisya sedikit gelabah selepas melihat pembentangan
dari kumpulan pertama. Mereka kelihatan
sangat berkeyakinan dalam menyampaikan maklumat dari hasil kajian mereka. Namun kegusaraannya itu cepat-cepat
ditenangkan oleh Fatimah yang duduk di sebelah mejanya.
“Chill
la Alis.. kita mesti boleh buat punya.
Dah lima kali kita praktis kan sepanjang seminggu ni. Maklumat yang kita perolehi pun sudah
disahkan oleh Puan Akmal. Kau jangan nervous sangat beb.. kang lupa segala
benda, tak memasal je.. huhu,”
“Tahnye si Alis ni. Bawak-bawak istighfar la beb. Kita nak mengadap Puan Akmal dengan Encik
Zahidi je, bukan malaikat maut pun. Depa
manusia lagu kita jugak.. haha. Kau relaks
je beb.. we can do it ! InsyaAllah..
Aamiin,” ujar Miera dengan yakin. Nada
suara Miera yang bersemangat itu sedikit sebanyak memberi motivasi kepada
Alisya untuk kembali tersenyum. Yakin!
“Yeah.. we can do it. Bismillahirrahmannirrahim.. May Allah ease
everything. Aamiin,” bisik Alisya sambil meraupkan kedua telapak tangannya ke
muka.
Selepas menanti hampir 45 minit, kini
tiba masanya yang dinanti-nantikan. Tiga
gadis berbaju kurung merah hati bersarungkan blazer hitam dengan gaya korporat
melangkah dengan senyuman. Yakin. Dengan bacaan bismillah, Alisya memulakan
bicaranya.
“Assalamualaikum
and very good morning to my beloved lecture’s and my fellow friends, today our group will present about stress
management. As for the introduction of
this topic, I would like to share some information about the definition of
stress. Did you know what is stress?,”
dengan penuh berkeyakinan Alisya melemparkan senyuman kepada seluruh penghuni
dewan kuliah 4Y yang keluasannya mampu dipenuhi oleh 300 orang dalam satu-satu
masa.
Pembentangan mereka berakhir setelah
20 minit berlalu. Segala pertanyaan dari
pensyarah dapat dijawab dengan baik oleh ketiga-tiga mereka. Syukur. Segala penantian berakhir. Selepas ini masing-masing bersiap untuk
menghadapi minggu peperiksaan. Alisya
tersenyum. ‘Satu azab sudah lepas, jom kita berperang di medan ilmu! Jihad!’
bisik hati kecilnya.
…
Perut
berkeroncong membuatkan Alisya bergegas menuju ke warung makan yang berdekatan
dengan rumah sewanya. Dengan hanya
berpakaian t-shirt, jeans, tudung serta cardigan, Alisya melangkah pantas. ‘Perut yang lapar harus di isi, kalau tak
macam mana ilmu nak masuk nanti?’bisiknya didalam hati. Alisya sudah terbiasa makan
bersendirian. Memandangkan rakan-rakan
serumahnya sering keluar bersama cinta hati masing-masing. Alisya? Single
is my life.
Dalam masa lima minit, Alisya sudah
sampai di warung tersebut. Dengan pantas
dia menarik kerusi untuk duduk di meja yang paling berhampiran dengannya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk
membuat pesanan, satu tepukkan kuat di bahu kanannya menyebabkan dia terkejut.
“Ish..,” dengus Alisya kecil, sambil
pantas memusingkan tubuhnya kebelakang.
Ceh! Si Zainal rupanya. ‘Mamat ni memang tak belajar sivik kat sekolah
aku rasa… eh ikutkan hati nak je aku teakwando
kan mamat kempeng sorang ni, nasib baik aku ada rasa belas kesian dengan berat
badan dia… kalau tak…!,’Alisya mengetap bibir menahan kegeraman. Kalau ada penyakit jantung, mungkin dah arwah
agaknya. Marah benar.
“Perghh muka kau… macam incredible hulk! Kau nak telan aku ke
nak telan nasi ni? Hehehe..,” lawak bodoh yang diutarakan dari bibir zainal
memang tak kena masa. ‘Memang mengundang
marah aku je mamat sorang ni…,’ Alisya menjeling. Malas nak melayan.
“Hek eleh… tahulah lapar. Kalau ye pon, kasi la senyum sikit. Harimau pun lari tengok kebrutalan ko ni… tau tak? Hahaha.. alololo..aku gurau jelah, tak
boleh gurau pi duk surau ahh.. ceh!,” balas Zainal berseloroh. Tanpa meminta izin, Zainal dengan selamba
menarik kerusi dihadapan Alisya. Zainal
mengangkat tangan untuk membuat pesanan.
“Bang.. nak order!,” ujarnya.
“Ye dik, nak order apa?,” balas
pelayan itu dengan senyuman. Alisya
masih masam mencuka.
“Nasi pataya satu dengan air laici
ais eh.. untuk kawan saya yang comel ni, bagikan nasi goreng kampong, telur
mata satu dengan air Teh O’ ais limau!,” Zainal mengangkat-ngangkat keningnya. Pelayan itu berlalu pergi setelah mencatat
order.
“Berguna jugak kau ni kadang-kadang
kan Nal? Haha. Ahh cepatlah, lapaqq ni!,” Alisya mulai sudi berbicara seperti
biasa. Dia dan Zainal memang rapat. Sekepala.
Walaupun berlainan fakulti, mereka masih berkesempatan melepak bersama,
bergurau senda dan sebagainya.
“Baru kau sedar kegunaan aku ni,
kalau tak.. mengamuk jelah kerja kau. Apa pun tak boleh… macam mana nak kawin
ni Alis? Bila kau nak berubah ni haa? Haha…,” sempat Zainal mengenakan Alisya
dihujung ayatnya. Alisya hanya tergelak
kecil. Malas nak ambil hati. Ayat-ayat seperti itu sudah menjadi lali pada telinganya. Alah
bisa, tegar biasa kata orang.
“Ada aku kisah? AAK? Haha. Aku, diri aku dan selamanya. Camnilah, kalau nak suka dipersilakan. Taknak suka? Aku tak halau. Sendiri boleh fikir,” balas Alisya selamba
sambil tersengih.
“Hahaha.. sukati engkaulah beb. Janji kau bahagia, jangan kau merayu-rayu kat
aku mintak jadi bini nombor dua sudah…alasan? Tak laku-laku sampai andartu.
Hahaha,” seloroh Zainal semakin menjadi-jadi.
Pantang dapat peluang. Membahan sahaja kerjanya.
“Ceh…mintak simpang malaikat 44! Tak
hingin aku! Fuhh..,”Alisya membuat muka seolah-olah amat menyampah mendengar
gurauan Zainal.
“Nyampah konon…masin mulut aku ni,
nasib badanlah kau. Haha,” masih ingin berseloroh. Alisya hanya mampu ketawa. ‘Makin dilayan mamat ni boleh sewel aku…
perut makin berkeroncong, makanan tak sampai-sampai lagi haih…’
Tiba-tiba.
“Nal! ,” satu suara sedikit garau kedengaran
dari belakang. Alisya dan zainal pantas
mengalih pandangan kearah si empunya suara.
‘Shahrul!’ bisik hati Alisya.
Kawan serumah Zainal rupanya.
Alisya mengalihkan pandangannya semula kehadapan. Malas mahu bersapa. Tak kenal.
“Eh.. Shah! Meh ah sini, join makan! Kebuloq haa ni… haha. Kau
dari mana weh?,”ramah Zainal menegur temannya.
“Eh.. takpe ke aku join? Kacau korang je. Aku dari library
tadi, cari bahan sikit untuk assignment
yang nak submit lusa tu. Ada benda tak complete lagi la. Nasib
jumpa tadi, lega sikit. Haha. Kau dah order
ke?,” Balas Shah sambil menarik kerusi disebelah Zainal. Dia memandang Alisya. Senyum. ‘Alamak…sweet plak mamat ni bila senyum macam tu..ingatkan sombong.
Hmm…hee,’Alisya membalas juga dengan senyuman.
Mula merasa selesa dengan kehadiran pemuda itu.
“Laa…join jelah. Aku bukan dating pun. Haha..,” balas Zainal sambil
mengenyitkan mata kepada Alisya. Alisya
mencebik!
“Ohh.. Eh lupa plak,
Assalamualaikum. Saya Shahrul Azmir,
teman serumah Zainal,” Shah memandang tepat ke mata Alisya. Terpancar kejujuran dari mata bundar milik
pemuda itu. ‘Apasal mata mamat ni
berseri-seri je aku tengok…muka pun tenang je. Alahai…haha’ detik hati Alisya.
“Haa...Wa’alaikumussalam,
saya Alisya. Panggil Alis je. Member si Zainal ni. Member rapat! Hehe,” balas Alisya. Senyum.
‘Pehal aku nye ayat cam gedik je…Alis oi, pehal kau ni?’
“Tak payah
bagitahu nama pun. Alis kot. Kenal
sangat dah. Hehe,” balas Shah sambil tersenyum.
“Hm?
Maksudnya?,”Alisya mengangkat kedua-dua keningnya. Kehairanan. Mungkin Zainal bercerita barangkali.
“Tak maksud
saya, satu rumah kenal Alis. Budak
sekelas pun semua kenal Alis. Famous!,”
balas Shah,sedikit berseloroh dalam bicaranya.
Makin berkerut
kening Alisya mendengarnya. Matanya dihalakan
ke arah Zainal bagi mendapatkan kepastian.
‘Famous? Kejadahnya! Aku bukan ratu cantik kolej.’Alisya
mendengus.
“Famous sebab kau kan MT kat Kolej, pastu pegang jawatan kat
fakulti lagi. Dasar tamak haloba! Gila
publisiti… hahaha,” Balas Zainal berseloroh.
Alisya mencebik.
“Aku ada banyak
masa terbuang, so baik aku manfaatkan dengan join benda-benda tu semua. Tambah kawan, tambah ilmu. Hilang bosan. Reti?,” Alisya menjengilkan
kedua matanya kepada Zainal. Shahrul
hanya tersenyum melihat telatah dua sahabat itu.
Tak lama selepas itu, makanan yang
dipesan tiba di meja mereka. Alisya
menikmati makanan kegemarannya dengan begitu berselera sekali. Jadi diri
sendiri! Itulah dia, Alisya.
Shahrul
memerhatikan sambil tersenyum. Sudah
lama Shahrul mendengar cerita mengenai gadis manis yang satu ini. Alisya menjadi bualan teman-teman
serumahnya. Dek kerana sifatnya yang
berani, tegas dan amat berbeza dari para gadis yang lain di kolej mereka.
Nampak
seperti mudah untuk mendekatinya, namun sukar sebenarnya. Seperti merpati, Nampak jinak, bila dekat dia
lari. Wakil pemain futsal wanita yang
handal mengawal permainan, Alisya di kagumi dalam diam. Teringin untuk bersahabat tetapi memandangkan
kekasih hatinya amat mengawal pergerakkannya.
Dia terbatas.
. . .
Semenjak
peristiwa di warung makan itu. Hubungan
Alisya dan Shahrul semakin rapat. Memandangkan
Shahrul baru sahaja mengakhiri hubungannya dengan Maria, dia semakin bebas
untuk menikmati keseronokkan untuk bergaul lebih masa bersama rakan-rakannya
yang lain.
Walaupun Maria yang
meninggalkannya. Shahrul masih lagi
bahagia untuk tetap meneruskan kehidupan.
Baginya, itulah jalan terbaik dalam perhubungan mereka. Segalanya semakin hambar. Masing-masing mengambil langkah terbaik
dengan memutuskan perhubungan.
Sepatutnya dia berasa sedih, tetapi sebaliknya kehidupannya diwarnai
dengan warna Alisya. Periang, manis
tetapi tegas dan kadang kala ganas!
“Lis…kau buat apa weekend ni? Free tak?,” Shahrul menyapa Alisya yang sedang sibuk menyelak
majalah gadget dihadapannya. Masa
terluang dihabiskan dengan membaca.
Hobi. Gadget merupakan kegemarannya. Dek kerana itulah mereka semakin akrab, Shahrul juga mempunyai yang sama. Gila gadget!
Majalah di tangan Alisya di rampas
bagi menarik perhatian gadis itu agar tertumpu kepadanya. Alisya mengerutkan kening sambil menghela
nafas panjang.
“Kalau aku free pun kenapa?,” balas Alisya acuh tak acuh. Buku itu kembali ke tangan Alisya. Shahrul tersenyum. ‘Budget
jual mahal pulak minah sorang ni.’bisik hati kecilnya.
“Jom teman aku. Ada photoshoot
kat Taman Tasik Perdana hujung minggu
ni. Tak best pulak pergi sorang-sorang,” Shahrul tersenyum. Penuh harapan. Baginya kalau Alisya ada, ceria sedikit
perjalanan ke sana. Petah bicara gadis
manis itu amat menghiburkan hati.
Tambahan lagi mereka berdua banyak persamaan. Banyak perkara boleh dibualkan.
“Taman Tasik Perdana? Tempat orang dating tu… takda tempat lain ke?,”balas
Alisya tak berminat.
“Situlah syok, ramai ambil gambar
kahwin kat situ kot. Jomlah. Kau tak kesian ke aku pi sorang-sorang. Tak berteman,” Shahrul buat ayat sedih. Alisya mengalihkan pandangannya kepada
Shahrul.
“Don’t
worry. Aku sponsor everything! Haha.
Jom la oi… ,”balas Shahrul menambah tawaran yang mungkin menarik
perhatian Alisya. Mungkin.
“ Nantilah. Aku fikir dulu. Apa-apa nanti aku whatsapp kau, okey bro? Malam ni aku de match futsal la. Kalau
rajin, datanglah support. Tempat biasa,pukul 10 malam,” Balas Alisya
sebelum berlalu pergi. Pemergiannya
dihantar melalui pandangan oleh Shahrul.
‘Futsal lagi? Haih…Bilalah kau nak jadi perempuan ni Alis…haihh’ bisik
hati Shahrul.
…
Tuesday, May 27, 2014
Novel Cinta Islamik : Seindah Biasa by Nurul Laluna :)
Nukilan : Nurul
Laluna
PART 1
Hening pagi yang indah terganggu
dengan bunyi deringan telefon. Nada
dering lagu Cn Blue menjadi pilihan
Alisya Humairah. Dengan mata yang masih
tertutup, Alisya menggapai telefon bimbitnya lagu di matikan nada dering itu,
telefon bimbit disuakan ke telinga comel miliknya.
“Hello…,” Alisya
bersuara. Pendek.
“Hello..Alisssss…!
Woii..suara! Kau tidur lagi ke?,” suara garau kedengaran agak bingit dari audio
telefon bimbit itu membuatkan Alisya menjarakkan sedikit dari cuping
telinganya.
“Yah! Cakaplah
la slow sikit.. pekak telinga aku.
Ha..ah lah, aku tidur lagi. Cuti kot. Mengantoklah… ,”balas Alisya sedikit
menjerit. Kedengaran hilai tawa dari si
pemanggil.
“ Kau memang tak
boleh harap. Bangunlah weh… semalam kata
nak nasi lemak Mak Jah. Aku dah beli ni,
bukak la pintu. Apa punye anak dara la
kau ni.. haishh… ,” serentak dengan itu
kedengaran bunyi hon motor dari luar pagar rumah sewa milik Alisya dan 5
lagi rakan karibnya.
“Haa…lah. Aku nak bangunlah ni. Kecoh ahh.. ,” balas
Alisya sambil mematikan panggilan.
Pantas dia menarik sehelai tudung sarung Syria yang mudah dipakai terus
di sarungkan bagi menutup kepalanya.
Setelah melihat wajahnya di cermin.
Alisya bingkas bangun sambil menolak kaki Fatimah yang masih lena dibuai
mimpi indah. Mimpi buah hati barangkali
detik hati kecil Alisya, melihat Fatimah tersenyum-senyum dengan mata
terpejam. Hatinya tergelak kecil.
Sebaik sahaja
meninjau dari sudut jendela hadapan, kelihatan dua pemuda di atas sebuah motor
EX5. Tanpa memakai topi kaledar
keselamatan berada di hadapan pintu pagar utama rumah.
“
Assalamualaikum… oi tuan rumah. Cepatlah bukak pintu ni, lama dah kita orang
tunggu ni ,” balas pemuda yang berbaju putih berseluar pendek ala hawai. Seorang lagi rakannya sibuk membelek telefon
bimbit nokia kepunyaannya.
“Wa’alaikummussalam. Memekak depan rumah orang pepagi ni, jiran
aku nak tidurlah weh…,” balas Alisya sambil menyarung selipar berwarna ungu
miliknya. Sambil menjegilkan kedua biji
matanya yang bundar kearah sahabatnya yang sedang mengekek gelak melihat
telatahnya yang cepat naik darah.
“ Haa.. nah amik
nasi lemak korang ni, bak duit. Duit
upah sekali tau… haha. ,” balas Zainal berseloroh. Sahabat yang membonceng dibelakangnya hanya diam
tanpa sepatah kata. Tidak berminat masuk
campur.
“Alright bro… nah duit. Thank you beb! Merasa gak gua makan nasi
lemak Mak Jah yang superb sedap ni pepagi…,” balas Alisya sambil menyambut
huluran nasi lemak dalam plastic besar.
Terdapat 7 bungkus nasi lemak didalamnya.
“Kau order
sampai 7, siapa lagi sorang nak melantak tu?,” Tanya Zainal kehairanan. Setahu Zainal, dalam rumah dua tingkat itu
hanya terdapat 6 orang awek cun sahaja yang menyewa, atau mungkin mereka ada
tetamu yang tumpang tidur di rumah mereka.
Zainal memandang tepat ke mata Alisya.
Alisya mengangkat keningnya kepada Zainal sambil membalas.
“Kau macam baru
kenal aku sehari dua Nal… aku punye perut.
Satu tak cukup maa… 2 baru Umm! Haha…,”Alisya mengenyitkan matanya. Nakal.
“Hahaha.. chait!
Mengalahkan perut aku plak haa… bela saka ke oi?,” balas Zainal sambil mengekek
gelak. Geli hati melihat perangai Alisya
yang tak serupa langsung dengan namanya yang melambangkan keayuan.
“Ala suka hati
aku lah nak makan banyak mana. Perut aku
kot…ko lain la. Kempeng. Apa pon tak boleh…,” balas Alisya sambil mengangkat
keningnya.
“Okaylah Alis, aku caw dulu…bebudak dah tunggu kat rumah tu. Papehal roger okey, jangan lupe text aku.. hehe ,” balas zainal sambil mengenyitkan matanya nakal kepada Alisya.
Alisya hanya
tertawa sambil mengacukan penumbuk ke arah Zainal yang memang kuat
berseloroh. Pemuda yang berada
dibelakang Zainal tidak diendahkan. Dia
hanya mengetahui bahawa pemuda itu bernama Shah dan dia adalah salah seorang dari
penghuni rumah sewa Zainal. Alisya
menghantar pemergian teman rapatnya itu dengan pandangan sahaja. Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan,
Alisya segera menutup pintu pagar dan berlari anak masuk ke dalam rumah.
Begitulah rutin
mingguannya, dia amat berterima kasih kepada Zainal dan beberapa orang lain
teman rapatnya yang lain. Kehidupan
sebagai seorang pelajar dan jauh dari keluarga membuatkan mereka bertambah
rapat. Disini sahabatlah keluarga
mereka. Tempat berkongsi susah dan
senang.
Alisya memang
ramai kawan lelaki, tetapi masing masing hanya berkawan rapat tanpa mempunyai
hubungan lebih dari itu. Hal ini kerana
sikap Alisya yang happy go lucky dan mudah di ajak berjenaka amat menyenangkan
hati ramai orang untuk bersahabat dengannya.
Sikapnya yang peramah dan mengambil berat amat di senangi oleh
kebanyakkan rakan-rakannya.
Walaupun Alisya
seorang gadis bertudung, dia masih aktif bersukan dan perangainya memang
sedikit ganas berbanding rakan-rakan perempuan seusianya. Hal itu menyebabkan dia lebih ramai kawan
lelaki berbanding perempuan.
Bagi Alisya dia lebih
selesa bersahabat dengan kaum yang berlawanan jenis darinya kerana mereka lebih
jujur dalam berkata-kata. Tidak cakap belakang.
Mengenangkan perangai
sahabatnya tadi, Alisya tersenyum sendirian. Perutnya mula bergelodak kelaparan. Pantas Alisya mengapai pinggan dan sudu. ‘Nasi
lemak sesedap ni kalau dibiarkan lama-lama nanti sejuk, rugi…baik makan sekarang’
bisik hatinya.
Selepas membaca doa
makan, tangan Alisya pantas menyuap nasi lemak warung Mak Jah itu kedalam mulutnya.
‘Em… sedap!’
Nasi lemak yang menjadi
‘favourite’ pelajar-pelajar kolej berhampiran
dengan warung Mak Jah itu memang menjadi santapan istimewa Alisya setiap minggu.
Begitu juga dengan rakan rakan serumahnya
yang lain.
Sambil menyuap nasi
ke mulut, fikiran Alisya menerawang jauh. Berangan dan tersenyum.
Thursday, February 13, 2014
ALBI NADAK : favourit song for now :)
copy paste :)
Albi Nadak by Fares
Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek
hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak
Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek
hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
Translated into Bahasa Melayu
Albi Nadak by Fares
Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu
Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu
Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu
Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
Albi Nadak by Fares
Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek
hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak
Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek
hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a
yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak
Translated into Bahasa Melayu
Albi Nadak by Fares
Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu
Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu
Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu
Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya
Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
Thursday, January 9, 2014
Jodoh sudah tercatat awal di Luh Mahfuz :')
Assalamualaikum wbt .
all sahabah blogger. di harapkan sentiasa berada dalam redha Allah swt..
saya nak share PHD , Pakar Diari Hati punye madah tonight.
mengenai jodoh :)
Untukmu Calon Jodohku Yang Tertulis Di Lauhul Mahfuzd
Bismillah ...
Mungkin diriku bukanlah matahari yang setiap siang menerangi bumi tapi aku akan mencuba menjadi cahaya
ketika hatimu telah kelam
Mungkin diriku bukanlah bumi yang luas yang memudahkanmu untuk bergerak tapi aku akan berusaha menjadi ruang kosong tempat untuk mencurahkan segala rasamu
Mungkin aku bukanlah angin yang mampu menyejukkanmu ketika dirimu merasa panas tapi aku akan berusaha menjadi kipas
penyejuk yang dapat engkau gunakan setiap saat engkau memerlukan
Mungkin aku bukanlah piskik yang dapat membaca fikiranmu tapi aku akan berusaha menjadi buku yang siap menampung curahan segala suka dan dukamu
Mungkin aku bukanlah hujan yang dapat menyirami semesta Alam..
tapi aku berusaha menjadi embun yang menyegarkan jiwamu..
Duhai engkau yang masih rahsia.. aku akan tetap berusaha membahagiakanmu dengan segala kemampuanku..
bahagiamu adalah senyumku.. dukamu adalah perihku..
Untukmu Calon Jodohku Yang Tertulis Di Lauhul Mahfuzd.
khas buad tatapan yang sewaktu dengannya. heehe . thank you for reading.
fii Amanillahi..
Laluna : hati ini tak risau pasal jodoh, sbb yakin Illahi sudah menentukannya.. cume risau bile terjatuh hati pada anak adam, takut perasaan ini akan mengganggu cinta pada Illahi.. nak buad camne tuh? hmmm :')
all sahabah blogger. di harapkan sentiasa berada dalam redha Allah swt..
saya nak share PHD , Pakar Diari Hati punye madah tonight.
mengenai jodoh :)
Untukmu Calon Jodohku Yang Tertulis Di Lauhul Mahfuzd
Bismillah ...
Mungkin diriku bukanlah matahari yang setiap siang menerangi bumi tapi aku akan mencuba menjadi cahaya
ketika hatimu telah kelam
Mungkin diriku bukanlah bumi yang luas yang memudahkanmu untuk bergerak tapi aku akan berusaha menjadi ruang kosong tempat untuk mencurahkan segala rasamu
Mungkin aku bukanlah angin yang mampu menyejukkanmu ketika dirimu merasa panas tapi aku akan berusaha menjadi kipas
penyejuk yang dapat engkau gunakan setiap saat engkau memerlukan
Mungkin aku bukanlah piskik yang dapat membaca fikiranmu tapi aku akan berusaha menjadi buku yang siap menampung curahan segala suka dan dukamu
Mungkin aku bukanlah hujan yang dapat menyirami semesta Alam..
tapi aku berusaha menjadi embun yang menyegarkan jiwamu..
Duhai engkau yang masih rahsia.. aku akan tetap berusaha membahagiakanmu dengan segala kemampuanku..
bahagiamu adalah senyumku.. dukamu adalah perihku..
Untukmu Calon Jodohku Yang Tertulis Di Lauhul Mahfuzd.
khas buad tatapan yang sewaktu dengannya. heehe . thank you for reading.
fii Amanillahi..
Laluna : hati ini tak risau pasal jodoh, sbb yakin Illahi sudah menentukannya.. cume risau bile terjatuh hati pada anak adam, takut perasaan ini akan mengganggu cinta pada Illahi.. nak buad camne tuh? hmmm :')
Monday, January 6, 2014
Allah tahu apa yang terbaik untuk Hamba-Nya
Tuesday, 7 January 2014
"kesedihan di hati yang dapat mendekatkan diri kepada Illahi lebih baik dari keseronokan yang melalaikan, mengAlpakan menjauhkan dari Dia" *keep calm and istighfar* -Nurul Laluna-
"kesedihan di hati yang dapat mendekatkan diri kepada Illahi lebih baik dari keseronokan yang melalaikan, mengAlpakan menjauhkan dari Dia" *keep calm and istighfar* -Nurul Laluna-
Sunday, December 15, 2013
Deactivate for awhile :)
Assalamualaikum :)
i'm here to say that facebook and twitter of mine will be deactivate for awhile.
anything you can contact me on my wechat Nurullaluna or whatsapp me.
thanks.
fiiamanillahi ya sahabah :)
i'm here to say that facebook and twitter of mine will be deactivate for awhile.
anything you can contact me on my wechat Nurullaluna or whatsapp me.
thanks.
fiiamanillahi ya sahabah :)
Tuesday, December 10, 2013
Malam Pertama...
assalamualaikum wbt..
ahlan wa sahlan wahai sahabat blogger sekalian..
syukran kerana masih sudi membace nukilan yang tak seberapa dari saya. semoga bermanfaat untuk saham akhirat kelak, insyaAllah .
seronok bace title kat atas tu? jom kite hayati kisah kat bawah ni.. kot kot lagi seronok ke? :)
Kite selalu terfikir keindahan malam pertama sebagai pengantin di dunia sehinggakan kite terlupe bahawa ada satu lagi peringkat kita yang juga mempunyai malam pertama iaitu Alam Barzakh.
pernikahan dengan manusia itu belum pasti, tetapi pernikahan dengan kematian itu sangat pasti akan mendatangi kita. hanya Allah swt Maha Mengetahui, bile tarikhnye!!
malam pertama di alam barzakh itu sesuatu yang PASTI!
LALUNA : Dalam kubur tak berteman. tinggal sendiri, tinggallah badan. menanti malaikat datang bertanya soalan, mampu kah diri menjawap jawapan? segalanya terletak pada amalan. tepuklah dada wahai kawan, tanyalah IMAN :')
ahlan wa sahlan wahai sahabat blogger sekalian..
syukran kerana masih sudi membace nukilan yang tak seberapa dari saya. semoga bermanfaat untuk saham akhirat kelak, insyaAllah .
seronok bace title kat atas tu? jom kite hayati kisah kat bawah ni.. kot kot lagi seronok ke? :)
Kite selalu terfikir keindahan malam pertama sebagai pengantin di dunia sehinggakan kite terlupe bahawa ada satu lagi peringkat kita yang juga mempunyai malam pertama iaitu Alam Barzakh.
pernikahan dengan manusia itu belum pasti, tetapi pernikahan dengan kematian itu sangat pasti akan mendatangi kita. hanya Allah swt Maha Mengetahui, bile tarikhnye!!
malam pertama di alam barzakh itu sesuatu yang PASTI!
Usai doa sudah habis dibacakan pak imam, masih lagi kedengaran suara teresak-esak menahan tangisan. Beberapa hadirin, masih lagi merah mata mereka, dek kerana menangis melepaskan seseorang. Masing-masing menahan sebak yang tidak dapat ditebak. Semua hadirin datang mengucapkan salam buat pengantin tersebut, sebelum menempuhi alam baru. Hadirin datang menjenguk pengantin tersebut, sebelum datang malam pertamanya.
Masing-masing datang tidak lupa menitipkan Al-Fatihah buat pengantin terbabit. Manakala ahli keluarga tidak putus-putus menerima ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada tetamu yang datang. Pengantin yang berpakaian serba putih itu, hanya kaku tidak bergerak. Suasana sayu menyelubungi situasi itu. Tiada gelak ketawa, mahupun muka ceria, melepaskan saudara mereka yang sudah dipanggil Illahi.
Rupa-rupanya pengantin tersebut sudah selamat dinikahkan.
Sudah selamat dinikahkan dengan kematian.
Tidak Mengira Usia
Kematian akan datang kepada seseorang apabila tiba masanya. Malaikat Izrail akan datang menjemput tidak terlalu awal, tidak terlalu lewat daripada masa yang telah ditetapkan. Tepat-tepat masa yang telah ditetapkan, Izrail akan datang menjemput, walau apa jua situasi yang ditempuhi seseorang itu.
Baru-baru ini saya telah menerima berita bahawa seorang daripada bakal guru, telah kembali ke rahmatullah. Asbab daripada pemergian arwah adalah kerana kemalangan. Usai menerima perkhabaran atas pemergian arwah, saya masih tidak percaya kerana pada usia sebegitu muda, setahun muda daripada saya, sudah dijemput menerima panggilan dariNya.
Benarlah, kematian itu tidak mengira usia. Kematian itu sudah ditetapkan saat kita semua di dalam kandungan lagi. Ajal, jodoh dan rezeki sudah ditetapkan sebelum kita semua diberi peluang untuk menjengah ke dunia yang sementara ini lagi.
Hadith riwayat Abdullah bin Masud r.a:
Rasulullah saw. sebagai orang yang jujur dan dipercaya bercerita kepada kami: Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara yaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia. Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan surga tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli surga maka masuklah dia ke dalam surga.
Kematian Sebagai Tazkirah
Saban hari kita melakukan rutin harian, sedarkah kita kematian itu sangat hampir dengan kita? Setiap kali kita lalai dan leka, sedarkah kita kematian bila-bila sahaja boleh menjemput kita?
Jika hari ini kita mendengar kisah kematian orang lain, suatu hari nanti orang lain akan mendengar kisah kematian kita. Mendengar perkhabaran kematian arwah baru-baru ini, diri ini disapa dengan rasa keinsafan. Tiba-tiba terfikir, cukupkah amalan diri sendiri untuk dibawa ke sana? Amalan diri sendiri sebagai bukti untuk menghadapNya. Cukuplah kematian itu sebagai tazkirah kepada kita.
Sebelum pergi menghadapNya, ayuh sama-samalah kita mempertingkatkan lagi amalan kita. Teruskan memberi peringatan sesama kita sebelum kematian itu datang menjengah dan menjemput kita semua.
Saya bakal bernikah.
Kita semua bakal bernikah.
Kita semua bakal bernikah dengan kematian.
Bersediakah kita untuk dijemput Izrail?
Bersediakah kita untuk menghadapi malam pertama bersama Munkar dan Nakir?
Bersediakah kita menempuhi alam yang baru, tanpa bekalan yang benar-benar mencukupi?
Kullu nafsin zaa iqatul maut.
LALUNA : Dalam kubur tak berteman. tinggal sendiri, tinggallah badan. menanti malaikat datang bertanya soalan, mampu kah diri menjawap jawapan? segalanya terletak pada amalan. tepuklah dada wahai kawan, tanyalah IMAN :')
Subscribe to:
Posts (Atom)