Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Wednesday, June 4, 2014

Novel Cinta Islamik : Seindah Biasa Part 2

Nukilan Seindah Biasa

Part 2


            Peperiksaan akhir semester hampir tiba.  Semua pelajar senior mahupun junior, sibuk menyelesaikan tugasan akhir masing –masing sebelum tibanya minggu study week.  Perpustakaan Kolej di penuhi manusiawi yang berlumba-lumba mencari ilmu untuk jaminan sebuah masa hadapan yang bernilai.



            Begitu juga Alisya dan rakan-rakannya.  Walaupun mereka tidak turut sama memenuhi perpustakaan, mereka tetap sibuk menyelesaikan projek akhir sebagai seorang mahasiswa, kerana ini merupakan semester terakhir mereka sebelum memulakan sesi latihan industri.  Perasaan berdebar bercampur baur dengan keterujaan.  Mana tidaknya, persiapan sepanjang dua bulan mencari segala informasi di beberapa buah syarikat terpilih bagi menyiapkan projek akhir kumpulan mereka kini hampir ke garisan penamat yang dinantikan.

Penilaian berdasarkan report dan pembentangan itu amat penting bagi menaikkan lagi CGPA mereka.  Hal ini kerana ianya akan mempermudahkan mereka mendapat tempat di syarikat yang terpilih bagi latihan industri.

            “Aku nervous giler weh… Ottohkea? Arghh..stress gini. Fuhh…!,” Ujar Alisya sedikit gelabah selepas melihat pembentangan dari kumpulan pertama.  Mereka kelihatan sangat berkeyakinan dalam menyampaikan maklumat dari hasil kajian mereka.  Namun kegusaraannya itu cepat-cepat ditenangkan oleh Fatimah yang duduk di sebelah mejanya.

            “Chill la Alis.. kita mesti boleh buat punya.  Dah lima kali kita praktis kan sepanjang seminggu ni.  Maklumat yang kita perolehi pun sudah disahkan oleh Puan Akmal.  Kau jangan nervous sangat beb.. kang lupa segala benda, tak memasal je.. huhu,”

            “Tahnye si Alis ni.  Bawak-bawak istighfar la beb.  Kita nak mengadap Puan Akmal dengan Encik Zahidi je, bukan malaikat maut pun.  Depa manusia lagu kita jugak.. haha. Kau relaks je beb.. we can do it ! InsyaAllah.. Aamiin,” ujar Miera dengan yakin.  Nada suara Miera yang bersemangat itu sedikit sebanyak memberi motivasi kepada Alisya untuk kembali tersenyum. Yakin!

            “Yeah.. we can do it. Bismillahirrahmannirrahim.. May Allah ease everything. Aamiin,” bisik Alisya sambil meraupkan kedua telapak tangannya ke muka.

            Selepas menanti hampir 45 minit, kini tiba masanya yang dinanti-nantikan.  Tiga gadis berbaju kurung merah hati bersarungkan blazer hitam dengan gaya korporat melangkah dengan senyuman. Yakin. Dengan bacaan bismillah, Alisya memulakan bicaranya.

            “Assalamualaikum and very good morning to my beloved lecture’s and my fellow friends, today our group will present about stress management.  As for the introduction of this topic, I would like to share some information about the definition of stress.  Did you know what is stress?,” dengan penuh berkeyakinan Alisya melemparkan senyuman kepada seluruh penghuni dewan kuliah 4Y yang keluasannya mampu dipenuhi oleh 300 orang dalam satu-satu masa.

            Pembentangan mereka berakhir setelah 20 minit berlalu.  Segala pertanyaan dari pensyarah dapat dijawab dengan baik oleh ketiga-tiga mereka. Syukur.  Segala penantian berakhir.   Selepas ini masing-masing bersiap untuk menghadapi minggu peperiksaan.  Alisya tersenyum. ‘Satu azab sudah lepas, jom kita berperang di medan ilmu! Jihad!’ bisik hati kecilnya.



                                                                       


            Perut berkeroncong membuatkan Alisya bergegas menuju ke warung makan yang berdekatan dengan rumah sewanya.  Dengan hanya berpakaian t-shirt, jeans, tudung serta cardigan, Alisya melangkah pantas.  ‘Perut yang lapar harus di isi, kalau tak macam mana ilmu nak masuk nanti?’bisiknya didalam hati.  Alisya sudah terbiasa makan bersendirian.  Memandangkan rakan-rakan serumahnya sering keluar bersama cinta hati masing-masing.  Alisya? Single is my life.

            Dalam masa lima minit, Alisya sudah sampai di warung tersebut.  Dengan pantas dia menarik kerusi untuk duduk di meja yang paling berhampiran dengannya.   Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk membuat pesanan, satu tepukkan kuat di bahu kanannya menyebabkan dia terkejut.

            “Ish..,” dengus Alisya kecil, sambil pantas memusingkan tubuhnya kebelakang.  Ceh! Si Zainal rupanya. ‘Mamat ni memang tak belajar sivik kat sekolah aku rasa… eh ikutkan hati nak je aku teakwando kan mamat kempeng sorang ni, nasib baik aku ada rasa belas kesian dengan berat badan dia… kalau tak…!,’Alisya mengetap bibir menahan kegeraman.  Kalau ada penyakit jantung, mungkin dah arwah agaknya.  Marah benar.

            “Perghh muka kau… macam incredible hulk! Kau nak telan aku ke nak telan nasi ni? Hehehe..,” lawak bodoh yang diutarakan dari bibir zainal memang tak kena masa.  ‘Memang mengundang marah aku je mamat sorang ni…,’ Alisya menjeling. Malas nak melayan.

            “Hek eleh… tahulah lapar.  Kalau ye pon, kasi la senyum sikit.  Harimau pun lari tengok kebrutalan ko ni… tau tak? Hahaha.. alololo..aku gurau jelah, tak boleh gurau pi duk surau ahh.. ceh!,” balas Zainal berseloroh.  Tanpa meminta izin, Zainal dengan selamba menarik kerusi dihadapan Alisya.  Zainal mengangkat tangan untuk membuat pesanan.

            “Bang.. nak order!,” ujarnya.
            “Ye dik, nak order apa?,” balas pelayan itu dengan senyuman.  Alisya masih masam mencuka.
            “Nasi pataya satu dengan air laici ais eh.. untuk kawan saya yang comel ni, bagikan nasi goreng kampong, telur mata satu dengan air Teh O’ ais limau!,” Zainal mengangkat-ngangkat keningnya.  Pelayan itu berlalu pergi setelah mencatat order.



            “Berguna jugak kau ni kadang-kadang kan Nal? Haha. Ahh cepatlah, lapaqq ni!,” Alisya mulai sudi berbicara seperti biasa.  Dia dan Zainal memang rapat.  Sekepala.  Walaupun berlainan fakulti, mereka masih berkesempatan melepak bersama, bergurau senda dan sebagainya.

            “Baru kau sedar kegunaan aku ni, kalau tak.. mengamuk jelah kerja kau. Apa pun tak boleh… macam mana nak kawin ni Alis? Bila kau nak berubah ni haa? Haha…,” sempat Zainal mengenakan Alisya dihujung ayatnya.  Alisya hanya tergelak kecil.  Malas nak ambil hati.  Ayat-ayat seperti itu sudah  menjadi lali pada telinganya.  Alah bisa, tegar biasa kata orang.
           
            “Ada aku kisah? AAK? Haha.  Aku, diri aku dan selamanya.  Camnilah, kalau nak suka dipersilakan.  Taknak suka? Aku tak halau.  Sendiri boleh fikir,” balas Alisya selamba sambil tersengih. 

            “Hahaha.. sukati engkaulah beb.  Janji kau bahagia, jangan kau merayu-rayu kat aku mintak jadi bini nombor dua sudah…alasan? Tak laku-laku sampai andartu. Hahaha,” seloroh Zainal semakin menjadi-jadi.  Pantang dapat peluang. Membahan sahaja kerjanya.

            “Ceh…mintak simpang malaikat 44! Tak hingin aku! Fuhh..,”Alisya membuat muka seolah-olah amat menyampah mendengar gurauan Zainal.

            “Nyampah konon…masin mulut aku ni, nasib badanlah kau. Haha,” masih ingin berseloroh.  Alisya hanya mampu ketawa.  ‘Makin dilayan mamat ni boleh sewel aku… perut makin berkeroncong, makanan tak sampai-sampai lagi haih…’

            Tiba-tiba.

            “Nal! ,” satu suara sedikit garau kedengaran dari belakang.  Alisya dan zainal pantas mengalih pandangan kearah si empunya suara.  ‘Shahrul!’ bisik hati Alisya.  Kawan serumah Zainal rupanya.  Alisya mengalihkan pandangannya semula kehadapan.  Malas mahu bersapa. Tak kenal.

            “Eh.. Shah! Meh ah sini, join makan! Kebuloq haa ni… haha. Kau dari mana weh?,”ramah Zainal menegur temannya. 

            “Eh.. takpe ke aku join? Kacau korang je.  Aku dari library tadi, cari bahan sikit untuk assignment yang nak submit lusa tu.  Ada benda tak complete lagi la.  Nasib jumpa tadi, lega sikit. Haha. Kau dah order ke?,” Balas Shah sambil menarik kerusi disebelah Zainal.  Dia memandang Alisya.  Senyum. ‘Alamak…sweet plak mamat ni bila senyum macam tu..ingatkan sombong. Hmm…hee,’Alisya membalas juga dengan senyuman.  Mula merasa selesa dengan kehadiran pemuda itu.

            “Laa…join jelah.  Aku bukan dating pun. Haha..,” balas Zainal sambil mengenyitkan mata kepada Alisya.  Alisya mencebik!

            “Ohh.. Eh lupa plak, Assalamualaikum.  Saya Shahrul Azmir, teman serumah Zainal,” Shah memandang tepat ke mata Alisya.  Terpancar kejujuran dari mata bundar milik pemuda itu.  ‘Apasal mata mamat ni berseri-seri je aku tengok…muka pun tenang je. Alahai…haha’ detik hati Alisya.

“Haa...Wa’alaikumussalam, saya Alisya. Panggil Alis je. Member si Zainal ni.  Member rapat! Hehe,” balas Alisya. Senyum. ‘Pehal aku nye ayat cam gedik je…Alis oi, pehal kau ni?’


“Tak payah bagitahu nama pun. Alis kot.  Kenal sangat dah. Hehe,” balas Shah sambil tersenyum.

“Hm? Maksudnya?,”Alisya mengangkat kedua-dua keningnya. Kehairanan.  Mungkin Zainal bercerita barangkali.

“Tak maksud saya, satu rumah kenal Alis.  Budak sekelas pun semua kenal Alis. Famous!,” balas Shah,sedikit berseloroh dalam bicaranya.

Makin berkerut kening Alisya mendengarnya.  Matanya dihalakan ke arah Zainal bagi mendapatkan kepastian.  ‘Famous? Kejadahnya!  Aku bukan ratu cantik kolej.’Alisya mendengus.

Famous sebab kau kan MT kat Kolej, pastu pegang jawatan kat fakulti lagi.  Dasar tamak haloba! Gila publisiti… hahaha,” Balas Zainal berseloroh.  Alisya mencebik.

“Aku ada banyak masa terbuang, so baik aku manfaatkan dengan join benda-benda tu semua.  Tambah kawan, tambah ilmu.  Hilang bosan. Reti?,” Alisya menjengilkan kedua matanya kepada Zainal.  Shahrul hanya tersenyum melihat telatah dua sahabat itu. 
           
            Tak lama selepas itu, makanan yang dipesan tiba di meja mereka.  Alisya menikmati makanan kegemarannya dengan begitu berselera sekali. Jadi diri sendiri! Itulah dia, Alisya.

Shahrul memerhatikan sambil tersenyum.  Sudah lama Shahrul mendengar cerita mengenai gadis manis yang satu ini.  Alisya menjadi bualan teman-teman serumahnya.  Dek kerana sifatnya yang berani, tegas dan amat berbeza dari para gadis yang lain di kolej mereka. 

Nampak seperti mudah untuk mendekatinya, namun sukar sebenarnya.  Seperti merpati, Nampak jinak, bila dekat dia lari.  Wakil pemain futsal wanita yang handal mengawal permainan, Alisya di kagumi dalam diam.  Teringin untuk bersahabat tetapi memandangkan kekasih hatinya amat mengawal pergerakkannya.  Dia terbatas.



                                                                . . .           


                                        

Semenjak peristiwa di warung makan itu.  Hubungan Alisya dan Shahrul semakin rapat.  Memandangkan Shahrul baru sahaja mengakhiri hubungannya dengan Maria, dia semakin bebas untuk menikmati keseronokkan untuk bergaul lebih masa bersama rakan-rakannya yang lain.

            Walaupun Maria yang meninggalkannya.  Shahrul masih lagi bahagia untuk tetap meneruskan kehidupan.  Baginya, itulah jalan terbaik dalam perhubungan mereka.  Segalanya semakin hambar.  Masing-masing mengambil langkah terbaik dengan memutuskan perhubungan.  Sepatutnya dia berasa sedih, tetapi sebaliknya kehidupannya diwarnai dengan warna Alisya.  Periang, manis tetapi tegas dan kadang kala ganas!

            “Lis…kau buat apa weekend ni? Free tak?,” Shahrul menyapa Alisya yang sedang sibuk menyelak majalah gadget dihadapannya.  Masa terluang dihabiskan dengan membaca.  Hobi.  Gadget merupakan kegemarannya.  Dek kerana itulah mereka semakin akrab, Shahrul juga mempunyai yang sama. Gila gadget!

            Majalah di tangan Alisya di rampas bagi menarik perhatian gadis itu agar tertumpu kepadanya.  Alisya mengerutkan kening sambil menghela nafas panjang.

            “Kalau aku free pun kenapa?,” balas Alisya acuh tak acuh.  Buku itu kembali ke tangan Alisya.  Shahrul tersenyum.  ‘Budget jual mahal pulak minah sorang ni.’bisik hati kecilnya.

            “Jom teman aku.  Ada photoshoot kat Taman Tasik Perdana hujung minggu ni.  Tak best pulak pergi sorang-sorang,” Shahrul tersenyum.  Penuh harapan.  Baginya kalau Alisya ada, ceria sedikit perjalanan ke sana.  Petah bicara gadis manis itu amat menghiburkan hati.  Tambahan lagi mereka berdua banyak persamaan.  Banyak perkara boleh dibualkan.

            “Taman Tasik Perdana? Tempat orang dating tu… takda tempat lain ke?,”balas Alisya tak berminat. 

            “Situlah syok, ramai ambil gambar kahwin kat situ kot.  Jomlah.  Kau tak kesian ke aku pi sorang-sorang.  Tak berteman,” Shahrul buat ayat sedih.  Alisya mengalihkan pandangannya kepada Shahrul. 

            “Don’t worry.  Aku sponsor everything! Haha.  Jom la oi… ,”balas Shahrul menambah tawaran yang mungkin menarik perhatian Alisya.  Mungkin.

            “ Nantilah.  Aku fikir dulu.  Apa-apa nanti aku whatsapp kau, okey bro? Malam ni aku de match futsal la.  Kalau rajin, datanglah support.  Tempat biasa,pukul 10 malam,” Balas Alisya sebelum berlalu pergi.  Pemergiannya dihantar melalui pandangan oleh Shahrul.  ‘Futsal lagi? Haih…Bilalah kau nak jadi perempuan ni Alis…haihh’ bisik hati Shahrul.



                                                                        …        

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...