Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Showing posts with label love story. Show all posts
Showing posts with label love story. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

preparation for new sem !


Assalamualaikum :)

heyy babe ! :)
eksaited je bile tengok jadual sem baru ni , mase duk menyalin dari tadi,  walaupun confuse sebenarnye dengan student portal yang baru .  layan kan aje, hidup kena la ade perubahan ,sampai bile nak ade kat 'takuk' lame je. tak maju la bro ! ;p

semangat nak balik puncak alam !
eventhough, there a lot of 'our' memory kat situ , pelan2 kayuh la syg . you can do it . :)
dengan jadual sem baru yang sangat padat , aku rase aku takde mase nak meraban and meroyan again . insyaAllah. i love 'busy' , and i will make my semester 3 ni, busyyyyyyy sangat2. and hope berbaloi. dekan please be mine . hari tu dah melalaikan diri dengan perkara yang urghhh... please la. lepas ni , be in the right track . jangan cilok cilok . slowly , kau mesti bole buad pnye ! kan kan ? :) *wishmeluck :-*

Miss Hazira, tetibe teringat kat dia . she's strong women, maybe aku bole jadikan dia mentor , untuk capai kejayaan same macam dia :) thanks miss! beautiful and intelligent woman. me love you :)

try to smile, gain weight, be happy, be grateful with what i  already have now :)

until then ,
gud luck and chayok :)




Laluna : nice words to say is alhamdulillah :)

Sunday, February 26, 2012

Laluna : fall in love again !

Assalamualaikum ! :)


haa... mesti pikir lain ! haha.
not with HUMAN la.. with a beautiful place . this tasik titiwangsa :)



jernih air dia.

dah sedia nak terjun. ade sape sape nak jadi hero tak ? *otakkau! hahaha

spek ohh spek !

pic ni nampak TUMBLR la . haha

jangan menyampah dengan reaction muke aku , pleasseee ;p


datang sini je, mesti bole gelak ! :)


i love her !

incik tasik . kite suke jumpe awak hari hari :)

posing over .s o r r y ! 

us :)


miss miss wangsa maju ;)


sorang kepit , sorang gerbang . haha


dun turn back, move on dear !

muke nak tergelak ! ;p


kite suke tasik tu.
tenang . cool .
nak lepak lame lame,
walaupun takde pape tujuann. :)

rase nak berkayak kat situ . anyone ? meh laaaaa join . hee..
hari hari kite pegi. hari ni je tak kot. sebab takde geng .hmm

hope esok bole pegi , kejap pon takpelah :)

Tuesday, February 21, 2012

laluna : Alhamdulillah :D

maaf. gambar ni over skit :P


alhamdulillah. result memuaskan hati :)
sesuai dengan usaha semua. dugaan yg dihadapi time tu. redha .
semester hadapan , chayok ! ganda kan usaha untuk dapat lagi baik .
congrat's to all my friends. okay ke tak keputusan kalian. harapnye masing redha :)
tunaikan nazar. then,
semester depan kite fight lagi okay :D

lepas beban kedua untuk semester ni. lega!
beban pertama paling dahsyat..
dan aku masih mencuba menempuhi hari hari mendatang.
masih and terus mencuba.... :')

for yg kedua alhamdulilllah :)
Allah swt know's everything. dia tarik yang ni , dia bagi yang ni .
kite berusaha dan berdoa . akhir sekali bertawakal . insyaAllah.
panjatkan kesyukuran atas segala galanye.
semua tu ade hikmat . itu yang aku dok pahatkan dalam otak, dalam hati .
tak semua yang kite nak kite dapat.
tak semua yang kite cintai akan kite miliki.
Allah swt akan bagi ape yang kite perlukan , sewajar dengan waktu dan tempat..
bukan ape yang kite ingin kan,
sbb dia lagi tahu, lebih mengetahui kebaikan keburukan sesuatu tu untuk diri kite..
sebab dia yang Maha Pencipta :)

*macam bermadah tapi ini la hakikat nye :)

pengalaman buad kite matang. matang dalam menilai persepsi orang terhadap kite,
 interaksi kite dengan orang lain,
how to react with person yang macam ni , yang macam tu..
perangai kite.. betulkan ape yang 'tersilap' tu ..
taubat ape yang patut..selagi ade mase ni .
kehidupan ni panjang lagi,
kalau di berikan kesempatan. *umur panjang .
banyak lagi yang kite akan hadapi.
kalau dugaan macam ni tak bole nak hadap. yang kedepan kedepan lagi..
tatau macam mana besar pulak nanti .. so always be prepare .
sekurang kurang nye... kehilangan dia bagi satu pengalaman. i called it 'bonus' for me !
tak semua orang dapatkan. btw, *takla best sangat pon pengalaman ni, takde lagi bagus.sakit ok!
yg tk penah rase tu, takyah cari penyakit..!

selama ni aku tengok , aku dengar dari cerita orang lain..
aku bagi dorang nasihat , semangat, motivasi..
tanpe mempunyai pengalaman tentang itu.. but now, i can come up with an experience :)
cause aku sendiri dah rase , macam mane sakit, macam mane perit , macam mane kejam and whutsoever..
so it's fair . taklah dorang cakap.. 'alah kau.. cakap pandai la.. kau penah rase sakit camane ? cakap senanglah' takde ayat tu lagi .

semua yang dulu nye ade problems, aku jadi pendengar..
but now.. they all pulak jadi pembimbing pemberi motivasi ..
kasi semangat. kasi nasihat .. hey, aku terharu kot ! :)

terima kasih banyak banyak. i still need you guy's for me now.
i'm not fully recovered. still baru kot. i need time to heal everything.
doakan please. wish and pray with love :)
thanks for those word's , hug , kiss, and love . you give me more than i asked , friends :)

aku tak salah kan sesiapa dalam hal ni ..
kalau ade ade la , kalau tak tak la..
harapan tu maybe takde..
but in future.. aku accept je ape yang jadi :)
Allah swt yang menentukan everything. siapa kita nak halang ?
siapa kita nak lawan takdir ? kite manusia biase kan ? :')

terima kasih to you for the memory ..
kenangan tu still nampak sweet je bile kenang balik..
everything.. from the beginning till the end..
walaupun sekejap.. effect dia tetap dalam..
itu pada aku, tak tahu pada dia..
aku selalu memikirkan..
mungkin dia bahagia kat luar sane..
alhamdulillah :)

history is memory..
it's should be remind in nice perspective..
then ikhlas kan hati . macam yang aku terbace dalam satu entry tu .
'Ya Allah, aku ikhlas kan sayang, rindu, cinta aku pada dia.. aku lepaskan dia pergi.
aku bebaskan dia.. alhamdulillah. aku bersyukur atas segalanya'

macam tu lagi baik kot ? :)
takde dendam. hati tenang. takde kerisauan.
doa kan yang baik baik . still bersaudara sesama islam.
nice to hear that kan ? :)

malas nak tambah musuh.
bukan nye bagus pon. dunia ni kecik je..
pegi mane mane terjumpe ? paling muke. ish tak sedap !
hidup pon tak lame.
yang usia macam aku , bulan lepas je dah berapa orang pergi ..
so, bile maafkan orang tu . lagi baik :)
kite lega.. yang lain serah pada dia and Allah swt la..
urusan masing masing. kite dah selesai , dah bersyukur dah . hee.

aku bersyukur lahir dalam ISLAM.
kalau frust. putus asa.
tahu nak cari ape , siapa..
ape yang patut aku lakukan.
takla gile nak buad kerja kerja bodoh semua.
ade tempat bergantung. tempat mengadu , pada siapa ? pada DIA la..
dia yang Maha Esa..
yang Maha Kuasa..
dia yang Maha Penentu segalanya..
rezeki, jodoh , ajal maut.. semua kat tangan dia..
dah tertulis dah ..

dari dia kite datang , pada dia jugak kite kembali ..
wallahualam :)





Laluna : thanks to you . semoga hidup baik baik je.
nak mintak you tolong something .. tapi nanti la.. kuat lagi kot sekarang ni. insyallah :)

Sunday, February 12, 2012

Laluna : La Tahzan

i shouldn't being sad because of 'him'
he's the one who should feel sad..
cause he lost someone who love him so much..
who always pray for his goodness..
for his future..
always caring for him..

he lost her ..
there's no HER anymore..
in his life..
just wish her to be strong to face this fact of her love story.


remember :
Allah swt know's everything we do . :')
you're nothing cause Allah is everything.

Friday, February 3, 2012

Laluna : Indahnya Cinta Selepas Berkahwin :)

Assalamualaikum, you alls :)
today, kite online tau. tetibe terjumpe cerpen ni. alahai :)

seronok je bace, lepas tu rase nak share .. gan korang. meh la join bace, mesti korang suke jugak !


hehe.. jom jom :D



*SUBHANALLAH..Indahnya bercinta selepas berkahwin ^_^
♥ Bila Sudah Tertulis, Kau Tetap Jodohku ♥

Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.
Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.
Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.
"Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm...tak pelah." Dia mencebik muka.
Itulah yang aku tunggu. Lantasku tutup kitab fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian... tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya.

"Haa! haa..!" Aku pantas bangkit dan melarikan diri.
"Abang!" Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang.
Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan-anak anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja ku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali.
"Sayang! Abang cubit sekali je tadi," ujarku cuba membela diri sambil ketawa.
"Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zahra sehabis mungkin mengenakanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang, kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima kasih Allah!
Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik air terlihat dikelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jari jemariku. Perlahan-lahanku kucup ubun-ubunnya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini. 
"Abang ni, sampai hati kenakan Zahra tau!" Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.

"Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan." Selorohku sambil ketawa kecil.
Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai ibadah. Dalam sepi aku terfikir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.

Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian."Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh."

Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.
"Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra pernah berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri."

Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu.
Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.

"Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah didalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya."

Zahra berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.

"Zahra berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)"

Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisah nya.
"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."

Tanpaku sedari Zahra mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
"Abang cemburu?" Soalnya lembut dan manja.

"Love is never without jealousy," jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.
"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.

"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku. Eh, bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian.
Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.

"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah." 

Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)

"Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang" Lirihku lembut.
"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra." Lirihnya kembali.

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21)








laluna : dulu berangan nak ade love story macam ni, tapi hmm untuk dapat yang terbaik, kite kena perbaiki diri kita dulu kan ? insyaAllah :)
tapi jodoh Allah dah tetapkan . belajar terima segala kekurangan pasangan kita. and dia pon terima kita seadanya.. tak semua manusia sempurna. setiap ape yang Allah jadikan, and ape yang berlaku ade hikmah nya. belajar untuk redha.. Berdoa selalu, itu je yang mampu untuk lembutkan hati seseorang sebab Allah swt yang mencipta, dia lah yang akan menentukan segalanya.. :)

wallahualam :)




plus : link ni pon menarik, kalau nak bace , meh la .. :)
wanita beragama jamin kebahagiaan rumah tangga.

Saturday, January 28, 2012

laluna : Therapy Hati :')

Assalamualaikum :) hey ! :)
tadi entry happy kan , ni entry lagi happy !
haha .. inilah rawatan hati yang aku buad :)
i want to be strong thanks to kawan kawan :')
malas nak merapu , dah cukup la kat twitter tu je tengok aku sedih , sedih ;(
kat sini nak happy happy . ;)

balik melaka hari tu keluar gan they all :)
eh memang setiap hari kerja aku keluar je kan ..
hmm mane tak nye. tak bole duk duduk berkurung je..
aku rase macam alone. fine.. dalam time time hard camni.
memang kena amik fresh air kat luar..
supaya tak teringat sangat.. rindu tu memang la..
Ya Allah je tahu. tapi life has to move on .. so aku move on ler ni ..! :)

jalan kaki , naik KTM tau ! :)


kemane saja , di mana saje , snap ! snap ! :)

syira , me and masdiana :)

cuci mate ! cantek seyh ! nak nak ~ hahaha

kalau lah ade yang baik hati nak kasi teddy cmni bawak tido yeay ! :)

shopping is the best therapy kan ! ;p

cun , cantek , comel ! duh ! ;p





jumpe awek cun si nia summer ni kat wangsa walk ! :)

cun kan ? but sorry , she's taken sudah by incik heart dia ni :) sweet couple :)


dari merlimau ke jasin ke kuala lumpur , ke KL sentral (meet shukri :) ) ,then ke Times Square , last place ke wangsa walk ! penat , serius ! tapi tidur pukul 4 pagi jugak ... haha..adoi !
thanks kat kawann kawan , kat melaka ade je lepak tapi gambarnye nanti la aku upload , now letih , need rest :) hey awak . thanks wish good nite kat kite tadi . :') i miss you.. pasang lagu ni sebab teringat kat awak. hmm.. please take a gud care of yourself. still can't avoid kerisauan melampau kat dia.. ishh..sory :(


laluna :
have fun , serius :)
but , still can't fully recover.. hard doe . :'|

Tuesday, January 24, 2012

Friday, January 13, 2012

Laluna : Alhamdulillah . :)

Assalamualaikum .. first of all i wanna say Alhamdulillah . sebab dah habis paper for this sem ! yeayyy ! i'm free now . :)  bole happy happy , on9 selalu , tengok movie kat laptop , berangan , makan banyak banyak . without stress ! :D

Doakan la resultnye okay ye . sbb soalan dia mencabar betol , lari dari format format soalan past year mase senior senior aku dulu. tapi ade yang senang and ada yang parah . nak nangis la cani . huk3 ;p

nasib baik ayah and kawan2 ade :)
bagi support and semangat . thanks semua !

plus ade sikit dugaan kat akhir2 sem hari tu ..
serius rase macam patah seribu. (gedik kan ayat aku) haha.
baru kau rase camne , sakit doe ! huu.. T_T
but i still can manage it well ..
thanks to g2 and Aura ..
sebab sentiasa ade di sisi ..
untuk support suruh aku study jugak !

and for you sayang oit.. :)
thanks sebab ajar i jadi kuat..
thanks sebab jujur..
thanks sebab sayang i ..
thanks sebab explain everything clearly so that i can understand the thing better ..
rather than hari tu ..
now i'm chill and cool :)
atleast i belajar kebal sikit :)

thanks for semalam..
i faham ape yang you cube sampaikan..
and i learn to adapt it.. faster.
so that , we can keep move our life like before ..
i'll always pray for it ..
but i won't put a hope to much..
insya Allah . jodoh tak kemana kan.
HOPE so .. :)

and for friends ..
i'm single
but my heart..
i dun think its available :)


laluna : Love is a feeling, not a decision. You can't choose who you love. If you could it would be simpler... but a lot less magical.

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...