Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Tuesday, August 16, 2011

laluna : NUZUL Quran


Assalamualaikum .17hb Ogos 2011. bersamaan dengan hari Nuzul Quran. marilah kite same same menghayati dan mengamalkan segala perkara yang sepatutnya sempena hari kebesaran Islam ini. Bagi menghormati dan menghargai hari kebesaran Alquran ini. Aku buad satu entry khas mengenai nya. Disamping berkongsi info dengan kalian. Dapat jugak la, aku menambah pengetahuan dalam diri. Andai ada tersilap dalam entry ini. Mohon di tegur ya. kite sama sama belajar ilmu Allah.. :)
Pendidikan Al-Quran sangat penting dalam kehidupan kite. Itulah sebabnya semasa kita kecil ibu-bapa yang peka menghantar anaknya mengaji Al-Quran. Orang yang membaca Al-Quran lebih besar pahalanya jika mengetahui terjemahan Al-Quran. Sekarang ini dah ada banyak Al-Quran yang telah dicetak bersama-sama dengan terjemahannya. Itu tidak termasuk terjemahan Al-Quran dalam Mp3.






PERISTIwA NUZUL AL QURAN .

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

AMALAN HARI NUZUL QURAN .
Selalunya bila tiba Hari Nuzul Al-Quran kita digalakkan beriktikaf di masjid, sembahyang berjemaah dan seterusnya bersembahyang Tarawih dan Witir, membanyakkan membaca Al-Quran dan bertadarus beramai-ramai, membanyakkan berdoa, beristighfar memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataala, membanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.




Lalun : Al kisahnya banyak negeri yang mengambil cuti KHAS sempena HARI NUZUL QURAN ini . alangkah baiknya jika mase cuti itu dapat di luangkan dengan mengamalkan menghargai keindahan Al quran ini :) insyallah. semoga beroleh keberkatan daripadanya.. amin. :)
*ruginye sape yang tak bole solat tu. sebab dapat ABC :(

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...