Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Monday, July 15, 2013

#shareRamadhan : Kurangkan Juadah, Tingkatkan Ibadah :)

Assalamualaikum . wbt.

hi! Selamat petang sahabat sahabat, syukran sudi singgah bace hasil nukilan yang tak seberapa ni. Selagi mampu dan diberikan kekuatan, saya share kan ye.  Supaya kita sama sama mendapat manfaatnya, InsyaAllah. :)

Dibulan ramadhan ni, kita digalakkan lebih banyak bersedekah. Oleh itu, kita kenalah harus berjimat cermat.  akan tetapi, apa yang kita mampu lihat sekarang.  Setiap tempat dibanjiri dengan bazaar bazaar ramadhan yang menyajikan pelbagai juadah pilihan. Alhamdulillah, meniaga itu salah satu sunnah Nabi s.a.w.  yang menjadi masalahnya apabila, kita. (diri kita sendiri, termasuk la saya) melakukan pembaziran di bulan yang mulia ini.



Sekadar membeli makanan untuk berbuka, cukup mengikut bilangan ahli keluarga.  Jangan terlalu ikutkan nafsu, membazir itu kan amalan syaitan. :)

salah satu tips yang saya boleh kongsikan disini ialah, memasak sendiri. :)
itu salah satu cara untuk mengasah bakat memasak dalam diri.  Pada yang dah terer masak tu, Alhamdulillah.  Boleh tambah pahala lagi, bila memasak untuk suami, untuk anak2 , dan saudara mara. Kita bagi pada orang yang berpuasa ketika mereka berbuka, kita dapat pahala tau :)

As for me, saya muda lagi dan one day bakal jadi seorang isteri.  Jadi saya gunakan waktu ini untuk mempelajari pelbagai jenis juadah masakan.  Belajar dari Nek Wan, dari Makcik, Makngah dan ramai lagi.  seronok :)  lagi lagi bila dapat belajar masak masakan kegemaran saya dan orang orang yang saya sayang :)

Start tahun lepas, saya dah tak pergi bazaar ramadhan. Kecuali lah kalau balik lambat, and tak sempat, barulah saya ke bazaar sekadar membeli kuih muih sahaja :)



bila buad kiraan, tahun yang tak ke bazaar lagi jimat. so, bagaimana? hehe. tepuk dada, tanya hati, tanya perut, tanya Iman :)


NURULLALUNA : #FutureHusband one day i'll cook for you, tell me anything yang awak mengidam. InsyaAllah :) hehe.


Additional Notes : one more thing, bila kita kurang makan mase berbuka.. nak beribadah lagi senang.  nak solat terawikh boleh bertahan sampai 20 rakaat, tak percaya? try lah :)

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...