Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Sunday, August 28, 2011

Laluna : Selamat tinggal ramadhan .. selamat datang Syawal .. :')


Assalamualaikum ..

semoga di berikan kesempatan utk bertemu ramadhan yg mendatang :')

Alhamdulillah ..hari ni , hari terakhir kite menjalani ibadah puasa .. pada yang berpuasa penuh tu .. tahniah di ucapkan kepada kalian :) . yang puasa separuh tu , tingkat kan lagi usaha anda tahun hadapan .. yang menghargai ramadhan ini dengan memenuhi malam malam kalian dengan beribadat dan mencari keredhaan nya. semoga kalian beroleh amal soleh .. yang kurang berusaha tu . mari lah kita sama sama berdoa moga di masih lagi di pertemu kan dengan ramadhan yang akan datang.. insyallah ...

ramadhan bulan mulia yang sering di nantikan setiap tahun, yang mana malam malam nya di penuhi dengan pelbagai aktiviti yang membawa kita lebih dekat kepada Illahi . harapan besar dalam hati , ya allah ! panjang kan la umur ku untuk ramadhan yang akan datang..

dalam kegembiraan menanti syawal menjelma.. sedikit hiba di hati , kerana tatkala syawal memunculkan dirinya.. ramadhan melambai pergi... :'( sudah cukupkah aku menghargai ramadhan kali ini , sudah banyakkah amalan yang aku lakukan , mungkinkah aku akan bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini ? wallahualam.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui...

selamat datang syawal :) bergembiralah wahai umat islam yang telah tabah menghadapi ujian sepanjang ramadhan ini ,semoga kita sama sama beroleh kerahmatan dari nya..
hari kejayaan kita semua , hari bersuka suka , hari ziarah menziarahi, hari memohon keampunan dari semua .. hari menginsafi diri , hari untuk berkumpul bersama .... :')
yang jauh di dekat kan , yang dekat di eratkan .. semoga saliturrahim bersama dapat dijalinkan dengan penuh kasih sayang yang erat dan kukuh kerana Allah ..

bagi ku , ramadhan kali ini telah membawa satu perubahan yang besar dalam hidupku. dah perubahan itu akan bermula pada syawal kali ini. aku akan berusaha dan bersedia untuknya..  Untuk membiasakan diri dengan segala galanya.
semoga setiap yang berlaku ada hikmah dan rahmat di sebaliknya. berdoalah dan meneruskan penghidupan seperti biasa .. insyallah... Allah lebih mengetahui akan apa yang terjadi .


di kesempatan ini , aku ingin mengembalikan mood raya ku .. maaf kalau entry ini terlalu berjela panjangnya buad kalian. Aku NURUL ATIQAH bt MOHD NOR a.k.a Miss Lalunn. ingin menyusun 10 jari . memohon keampunan dari kalian , rakan rakan dan taulan , sekiranya ada terkasar bahasa, tersinggung bicara dan tersilap dalam berkata ..  maaf di pinta . sesungguhnya kepastian yang benar itu , aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kelalaian .. :( .. maafkan diri ini jika tidak pernah sempurna dihadapan kalian. maafkan diri ini jika terpaksa menguris hati kalian .. sesungguhnya benar , aku tak pernah sengaja melakukannya. setiap yang berlaku ada alasan di sebaliknya..

ini kad raya free dari lalunn utk korang !! ^_^


to all bloggers and friends ..
Selamat Hari Raya Aidilfitri ..
Maaf Zahir Batin ..
aku sayang korang !! ;)


lalunn : insyallah panjang jodoh kita ketemu raya ni okanggg yayangg semueee :)

5 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya kak tika... maaf zahir batin :D

zie_ira said...

selamat hari rayee!! maaf zahir dan batin ,,salah silap sepanjang perkenalan ,harap dimaafkan ,,nnti ade kesempatan ,kita raya same2 erk,,^^

Unknown said...

wanie : okay ! ;) hehehe.. jgn lpe dtg rumah rye, follow syafiq tau. huu

zira : yeahh !! ok ok ! ;)

Anas Clay said...

Selamat Hari Raya Lalunn!!
Semoga Syawal tahun ini lebih bermakna bersama orang tersayang =)

Unknown said...

thanks anas !!!! ko pon ! :)))

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...