Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

promote event : Pc Fair and Bazaar sales .

this upcoming event is PC FAIR AND BAZAAR SALES .
organised by Marquee Apprentice Production , student event management , puncak alam.



tekan link ni okay pc fair and bazaar sales 


let's support our event industry . :)
especially to all shah alam student. meh la datang , meriah kan booth kitaorang !! ^_^
ade jual macam macam . jom shopping !! 




good luck MAP , me love you guy's so muchhh !! 
sincerely : lalunn .

wudhuk . :)

Assalamualaikum . simple share for today dear :)







Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de
ngan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)See More
Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".





sempurna wudhu' , sempurna lah solat, sempurna la segalanye . insyaAllah.
sekadar berkongsi perkara berfaedah. untuk bloggers and diri sendiri :)

Sunday, February 19, 2012

Laluna : Got a problem's ? Meh layan ni dulu ! :)



melayan pe'el si matlutfi ni kelakar jugak, dalam lawak lawak dia.. ade jugak benda faedah dia selitkan and buad aku terfikir. masalah takkan selesai kalau kita sendiri tak face and selesaikan nye. :)
so , face it , settle kan and move forward ! :)

Thursday, February 16, 2012

laluna : infoJumaat :) untuk para wanita .

Assalamualaikum :)
hai girls ! okay  , yang lelaki mesti dah bersiap siap utk menunaikan solat jumaat kan. Alhamdulillah. :)
yang perempuan jangan lupe solat zohor pulak . *aku pon same. hehe di samping nak membebel mengingatkan orang. ingatkan jugak diri sendiri.

okay. tadi aku scroll scroll facebook. terjumpe dengan artikel ni . menarik .
for kaum hawa. korang mesti nak tahu kan. or maybe dh tahu. aku baru je dapat tahu. and aku nak share. supaya kitee semua ni bole bersedia and yeah.. perbaiki diri utk jadi yang terbaik satu hari nanti for someone yang 'halal' bernama suami :)

dapat bernikah dengan orang yang kite cintai itu satu bonus, tapi kalau bukan. rase sayang and cinta tu bole di pupuk kemudian . *pengaruh cerita bicara hati ni . hehe.. okay bace laa eh :)


 GANJARAN BUAT ISTERI YANG SOLEHAH :


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan 



umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 



ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan



harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan 



suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis 



Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan 



Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari 


mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...



(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

wallahualam :)

ce bace penyejuk hati ni .

alhamdulillah.  heehe.



laluna : bile pasang impian , kena lah perbaiki diri kan . insyaAllah. doakan same same ye.. kat korang pon . hehe :)

Wednesday, February 15, 2012

Laluna : Dengar bole , Gelak Jangan sekali kali ! :P

Assalamualaikum..
aku takde kerja sebenarnye malam ni .
sementara nak tunggu pukul 4 pagi tu . hmm.. lame nye.
so , aku pon melayan blaving memandang kan, rakan rakan yang lain dah selamat membute ..
hp pon tak de bunyi . finee.. (sentap)
nasib baik ade laptop .
(tak bole letak sekali 4 so aku post link jelah k ) :)

BLAVING .
klik je kat link ni, kau bole dengar suara merepek meraban aku secare free.. sekian! haha.



next story ! :)

malam tadi aku pegi KFC dengan family , my cousin Shazwan yang baju puteh tu . belanje KFC, dah dapat gaji kan. hehe.. thanks bro ! :)
so ini la pic pic kami memakan* wrong words :P
KFC..

chessy wedges!
Ayam Kfc!
Coles Law
ape lagi.. burger . ahh tu je. haha by bucket . makan la sampai lebam ! :)

amboit ! tak pandang kiri kanan eh !
dari kanan : Shazni Aiman , Muhd Shafiq and Shazwan ! :)
my cousin . yang duk teman aku cuti sem ni :)

untung la hp berbunyik bro! hp aku ? whatsapp jolahh. haha :P

thanks Muhammad Shazwan ! :)
semoga dilapangkan lagi pintu rezeki anda (lepas spm memang syok cari duit , kerja kerja kerja !)


okay done for tonite.
esok akan berlepas ke (macam kau naik flight la bro !) haha
ke Batu Pahat :)
nak hantar Aiman ke UTHM .
pas sorang sorang pegi .
aku gak tinggal kat rumah . nasib syafiq teman . :)

waiting for qaqa balik kl . yahoo!
ade sad new's . my dad tak jadi datang for my birthday 24feb ni ..
event dia kat KL tertangguh until april. T_T

so , sabtu ahad aku , nothing to do !
nak sambut dengan family T_T
hmm takpelah . nanti nanti ley sambut walaupun lambat sikit kan. :')


okay done for tonite.
thanks .



laluna : pernah berangan nak sambut birthday dengan .. hmm..malas nak cakap.
impian tinggal angan2 mat jenin ! malas mengarut... nitee semua. nite 'awak' :')

Laluna : cara hilang tension TERBAIK !


hahahaha !
korang mampu buad macam ni !
adoi ! aku tak paham ......... - -''

yuck's !

laluna : aku tak suh korang buad cam ni eh. ni saje je nak share . nak kasi korang berfikir and GELAK . meh gelak ! hahaha ;p

Thursday, February 9, 2012

Laluna : Petua Imam Syafie :)

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
 

Laluna : Belajar Menghargai :')

Wanita adalah:....
1. Orang yang akan mendampingimu seumur hidup.
2. Orang yang akan melahirkan anak-anakmu,walau dengan penuh rasa sakit.
3. Orang yang merawatmu sampai tua.
4. Orang yang akan merawatmu pd saat kau sakit.
5. Orang yang akan selalu mendukung walau kau gagal berpuluh-puluh bahkan beratus kali.
6. Orang yang memberikan hidupnya untukmu.Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu.Bahkan saat kau menyakitinya,ia tetap berada di sampingmu..

Sedangkan Lelaki adalah....
1. Orang yang akan menjagamu seumur hidupmu.
2. Orang yang berkorban untukmu.
3. Orang yang menafkahimu.
4. Orang yang merawatmu pd saat kau sakit.
5. Orang yang memelukmu pada saat kau sedih.
6. Orang yang ingin membuatmu bahagia.

Mereka sama berharganya,hanya saja mereka mempunyai perbedaan" yang kadang membuat mereka menyakiti 1 sama lain,dan itu hanya dapat diatasi dengan pengertian dari kedua belah pihak.Hidup itu singkat... Terlalu singkat untuk berbagai pertengkaran... Mengapa tidak kau bahagiakan saja pasanganmu, dan mengisi hari" kalian dengan penuh cinta,dan membuat pasanganmu tersenyum lebih lebar tiap harinya?..Bukankah itu lebih baik dan bahagia dibanding saling menyakiti? Walaupun banyak hal,dimana kenyataannya tak mudah untuk di lalui,bahkan terkadang enggan untuk melaluinya.

Melihat ke atas : memperoleh semangat untuk maju.
Melihat ke bawah : bersyukur atas semua yg ada.
Melihat ke samping : smangat kebersamaan.
Melihat ke belakang : sebagai pengalaman berharga.
Melihat ke dalam : untuk instropeksi &
Melihat ke depan : untuk menjadi lebih baik ...

Dari air kita belajar ketenangan.....
Dari batu kita belajar ketegaran.....
Dari tanah kita belajar kehidupan.....
Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri.....
Dari padi kita belajar rendah hati.....
Dari TUHAN kita belajar tentang kasih yang sempurna......
Karena tidak ada orang yang sempurna.




lalunn : menghargai ape yang ade, kurniaan dan nikmat dari Allah swt. belajar bersyukur atas segala galanya.




credit to : Nur Farahin Abd. Rashid  ( my cousin )

Sunday, February 5, 2012

laluna : hey , dengar sini ! :)

Assalamualaikum :)

saya suke berkawan, and saya nak berkawan dengan seramai ramai orang kalau bole :)
jom la jadi kawan sayeee :D


lalunn : kau dah kenape weh ? ;p

Saturday, February 4, 2012

Laluna : Salam Maulidur Rasul :)


Banyakkan berselawat ke atas Nabi saw :)



promote :
dari kite buang mase , takde kerja tu, asyik cakap bosan je, or melayan drama2 merepek lain kat tv tu ..why not tonton drama ni :) sekurang kurang nye, dapat la. hiburan berfaedah . aku rase drama ni macam ade simbolik of something. tak sabar nak tonton. :)
drama khas sempena maulud nabi..



Selami erti sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan “Menghayati Perjuangan Rasulullah s.a.w” pada tahun ini menerusi drama-drama hebat iaitu “Al–Ikhlas”, “Kasut”, “Runtuhnya Sebuah Dosa” dan “Telekung Buat Mama” yang membariskan pelakon-pelakon tersohor tanahair, antaranya, Lisdawati, Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Noorkhiriah, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Rahim Razali serta animasi tempatan “Saladin” yang menampilkan Fahrin Ahmad dan Faradhiya sebagai suara latar. Selain itu, TV3 turut mempersembahkan “Diet Rasulullah”, sebuah program majalah yang penuh maklumat dan informasi berguna buat penonton mengenai amalan permakanan Rasulullah s.a.w. 


yang paling menarik perhatian aku untuk menontonnye..
drama ''runtuhnya sebuah dosa''


synopsis :






berhibur sambil mendapat faedah yang baik tak salah kan :)
semoga kite dapat pengajaran dari drama ni.
insyaAllah :)

sumber : gua.com

Friday, February 3, 2012

Laluna : JODOH #infoJUMAAT :)

JODOH ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan didalam kandungan ibu.

(Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa atau semua tentang diri)

"Usah sibuk menghitung & mengira kelebihan serta kekurangan yang ada pada diri pasangan anda jika mahu mencipta bahagia... terimalah si dia seadanya, kerana manusia hakikatnya tidak ada manusia sempurna.

laluna : always pray for it insyaAllah :)

Thursday, February 2, 2012

Laluna : kunci ketenangan :)

Assalamualaikum :)
alhamdulillah hari ni dapat ketenangan sepenuhnya. gembira :)
banyak nye nak share. :)
tapi kite mule kan dengan article dari iluvislam ni dulu la ye...
sebelum ni banyak kegusaran dalam hati, tak tentu arah, kecewa dan sebagainye. tapi Allah ada , dia masih sayang :)

empat kata kata kunci ketenangan :) *niat hati nak share . dah lame tak post benda berINFO kat sini :)


1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."
Kata-kata ini membawa kefahaman kepada kita bahawa manusia yang faham benar konsep rezeki pasti tidak akan mengorbankan masa untuk persediaan akhiratnya demi kepentingan duniawinya. Mana mungkin ditinggalkan solatnya walau satu waktu, hanya kerana ribuan ringgit. Mana mungkin diabaikan pahala menjaga ibu yang tua kerana kepentingan lain. Mana mungkin ditinggalkan ibu tuanya yang memakai pampers dengan linangan air mata, semata-mata untuk menjadi si kaya dengan merantau ke bumi lain, sedangkan pendapatannya hari ini sudah lebih daripada cukup.
2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."
Sahabat-sahabat yang kucinta kerana Allah,
Jika kita ditugaskan untuk solat lima waktu, maka kewajipan itu ke atas diri kita. Tidak diterima solat orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menunaikan solat. Jika kita dibebani dengan kewajipan menutup aurat, maka tidak diterima dari orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menutup aurat. Jika kita sebagai suami yang membiarkan anak isteri tanpa makanan kerana kelalaian, lalu ada insan yang bersimpati menghulurkan bantuan, kewajipan kita tetap tidak terangkat. Kita adalah pendosa kerana mengabaikan kewajipan yang telah diamanahkan.
3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."
Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ  وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)
Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya anda menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah anda sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan? 
Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa?
Kerana anda yakin bahawa ada mata yang memandang anda di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak anda cepat tersebar. Jika diikutkan, anda tidak mampu melihat ke belakang, bahkan anda juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat anda, anda juga tidak tahu adakah makmun tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari anda, tetapi lihatlah, betapa keyakinan anda sudah memadai untuk menjadikan anda imam yang penuh kesopanan.
Cuba kita bayangkan, seandainya kita berkeadaan seperti ini pada setiap ketika iaitu berkeadaan seolah-olah seorang imam yang sentiasa berasa diri diperhatikan, sudah pasti kita akan jauh daripada dosa dan penderhakaan. Sudah pasti, kita akan semakin hampir dengan Allah dan merasakan ketenangan hati.
4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."
Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian:
Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.
Renungilah 4 kata-kata kunci ketenangan ini.

1) tabi'in=Mereka yang pernah berjumpa dengan sekurang-kurangnya salah seorang sahabat Nabi S.A.W dan yang berpegang dengan kalimah tauhid dan beramal dengan amalan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah


Laluna : sekarang saya redha. kalau ade . alhamdulillah. saya akan menjaga dengan sebaiknye, kalau bukan. pon saya redha . mungkin belom mase nye, saya akan sentiasa berdoa.. untuk 'itu' . Allah tahu ape yang terbaik :)

laluna : tetibee tersuke lirikkk diaa....

suke lagu ni . layan lagu ni . sile dengar lagu ini .
i suke lirik dia . hmm...



laluna : okay , waiting again .

Wednesday, February 1, 2012

laluna : Elakkan minum berdiri . #infokhamis :)

Asslamualaikum :)
hey korang.. dah lame aku tak post something yang benefit untuk berkongsi kan. hmm..okay aku terjumpe satu info ni. aku dah lame tahu dah .. tapi kadang kadang buad jugak, haishh..
korang tahu tak sebenarnye minum berdiri tu tak bagus ? nak tahu kenapa ? jom bace ni :)


Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung



laluna : that's why aku suke order air suam kalau minum kat kedai . air manis memang kurang sikit. :)
lepas ni nak bawak je botol air pegi mane mane sng :)

Tuesday, January 31, 2012

laluna : Hi February :)

assalamualaikum :)


this is my birthday month :)
so please be nice to me !
please please please ..
amin yarrabal al-aminnnnn :)

Friday, January 20, 2012

laluna : aku bukan pujangga



aku bukan hebat sangat ..
berceramah motivasi sini sane ..
lambak kan nasihat ..
kata kata .. perangsang..
motivasi pada kawan kawan ..

aku manusia biasa ..
yang hidup dan bernafas ..
dalam dunia yang sama.
cuma kita dalam situasi berbeza..

aku .. aku ..
kau ..kau..
dia..dia..

asing.
tapi tetap menjalani perubahan demi perubahan..
tak semestinya sentiasa di atas puncak...
dan tak semestinya sentiasa di bawah tapak kaki...

mungkin hari ni hari kau ..
esok hari dia...
luse plak hari si polan..
berpusing berpusing...
tapi tetap pada paksi nya !


hidup ini sangat adil jika di teliti secara sahihnya..
di renung..
di amat..
di teliti..

hari ni kau kata orang..
silap silap esok kau pulak buad..

hari ni orang sibuk mengata kau ..
if bukan dia.. anak dia yang kena..

adil doe ! serius!
aku tahu. sebab ape ? sebab aku MANUSIA. biasa , normal :)

lumrah hidup.
baik di balas baik..
jahat di balas jahat..

tapi ade baiknye kalau yang jahat di balas baik..
mudah mudahan mereka tersedar. (kalau masih punye hati kala itu )
untuk berubah ...

wallahualam.


laluna : selagi bernafas. jangan kedekut dengan perkataan maaf dan, open heart for something yang bernama kemaafan. insyaAllah . ikhlas. wallahualam. :)

Friday, January 13, 2012

Laluna : Alhamdulillah . :)

Assalamualaikum .. first of all i wanna say Alhamdulillah . sebab dah habis paper for this sem ! yeayyy ! i'm free now . :)  bole happy happy , on9 selalu , tengok movie kat laptop , berangan , makan banyak banyak . without stress ! :D

Doakan la resultnye okay ye . sbb soalan dia mencabar betol , lari dari format format soalan past year mase senior senior aku dulu. tapi ade yang senang and ada yang parah . nak nangis la cani . huk3 ;p

nasib baik ayah and kawan2 ade :)
bagi support and semangat . thanks semua !

plus ade sikit dugaan kat akhir2 sem hari tu ..
serius rase macam patah seribu. (gedik kan ayat aku) haha.
baru kau rase camne , sakit doe ! huu.. T_T
but i still can manage it well ..
thanks to g2 and Aura ..
sebab sentiasa ade di sisi ..
untuk support suruh aku study jugak !

and for you sayang oit.. :)
thanks sebab ajar i jadi kuat..
thanks sebab jujur..
thanks sebab sayang i ..
thanks sebab explain everything clearly so that i can understand the thing better ..
rather than hari tu ..
now i'm chill and cool :)
atleast i belajar kebal sikit :)

thanks for semalam..
i faham ape yang you cube sampaikan..
and i learn to adapt it.. faster.
so that , we can keep move our life like before ..
i'll always pray for it ..
but i won't put a hope to much..
insya Allah . jodoh tak kemana kan.
HOPE so .. :)

and for friends ..
i'm single
but my heart..
i dun think its available :)


laluna : Love is a feeling, not a decision. You can't choose who you love. If you could it would be simpler... but a lot less magical.

Sunday, January 1, 2012

laluna : wish for 2012 ~

assalamualaikum. hai 2012 :)



first of all, i want to say. Alhamdullillah for every achievement in 2011 and masih panjang umur untuk tahun baru 2012 nie.  :)

and for new year. 2012. ples be good to me and everyone.

to 2012,
saya harap awak akan bersinar lebih dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan buad saya bahagia lebih dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan mendisiplinkan diri saya lebih dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan menjadi manis manis lebih dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan menjadi tahun indah indah lebih dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan menghapuskan segala kenangan pahit dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan buad saya lebih mencintai yang Maha Esa lebih kuat and kukuh lebih dari tahun sebelom ni.
saya harap awak akan temani saya untuk meningkatkan lagi amal ibadat yang sentiasa naik , turun.
saya harap awak akan buad saya lebih matang dalam berfikir dan membuad keputusan.
saya harap awak akan beri saya lebih peluang untuk tebus segala kesilapan tahun lalu.
saya harap awak akan buad hidup saya lebih ceria lebih dari tahun lalu.
saya harap awak akan menghadiahkan sebuah kejayaan besar dalam hidup saya lebih dari tahun lalu.
insyaAllah. i should work hard for it! :)

and

to everyone yang datang dalam hidup saya in 2011. thanks so much. dengan kehadiran kalian saya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya. dan terima kasih jugak di atas tahap kesabaran kalian dalam menghadapi seorang NURUL ATIQAH MOHD NOR ! thanks again.

and kepada yang bakal mengisi kehidupan saya untuk 2012, welcomeee people! :) and gud luck. harap kalian dapat la bersabar dengan segala karenah and bebelan saya nanti. maafkan segala kesilapan yang pernah berlaku. insyaAllah , i'll improve myself to be a better person. pada yang SENTIASA bersama saban tahun, setia dengan saya. saya sayang anda semua. banyak dah kesabaran dan pertolongan yang telah anda berikan. i should thanks everyone of you for that ! all my family members, my sayang sayang semua, my dear :) and my friends. and the MOST important person in my life, thanks AYAH for everything. i miss you so much. wish me luck for dis FINAL. :) i'll do my best ayah!


laluna : hari ni busy dengan perkataan 'thanks' aje. haha hope korang tak boring.
eh ..tetibe rindu kat dia la.. hmm . ples read this sayang :')

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...