Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Monday, December 9, 2013

Jatuh Cinta? Allahu..Indahnya :')

Assalamualaikum. wbt..
aseef..menggangu update blog pepagi bute macam ni. hehe. sekadar teringin nak berkongsi madah, dah lame tak menulis pepanjang sebegini. Alhamdulillah. hari ini Allah bagi hadiah pada hati, ujian yang di akhirnya Allah swt bagi hati rasa nikmat terindah, bersyukur..subhanaAllah. indah pencaturan Mu ya Rabb :')

Doa mampu mengubah takdir. percaya? wajiblah percaya. sudah beberapa kali perkara mustahil tetapi Allah swt permudahkan dengan mudahnya. Alhamdulillah. bagaimana? hanya dengan solat dan sabar. itu yang Allah swt mohon kite laksanakan bile kite menghadapi masalah. :)

okey, move on to topik kat atas tuh :)
Jatuh Cinta? Allahu..Indahnya...



Cinta? seribu satu perkataan dan ayat mampu dilontarkan bile keluar topik ni. topik yang mampu menarik perhatian semua peringkat umur, especially remaja. betul tak? :)

bila teringat cinta, mesti teringin nak bernikah, dan berkahwin kan? yelah. dah namanya cinta mestilah nak bersama selamanya.

"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya. -Hilal Asyraf", teringat buku "sebelum aku bernikah" karya akhi Hilal Asyraf. walaupun belum khatam lagi buku tuh.. baru sampai bab 7.



Hati ni tersentuh, dan otak ligat berfikir, lalu hati setuju dengan buah bicara yang dikupas menarik, tertarik untuk menyelak dan terus membaca.  penceritaannya memang kena dengan jiwe remaja seawal usia 20-an. Rase nak hadiahkan pada sahabat-sahabat yang asyik di lamun cinta. sekadar buah tangan untuk sama sama perbetulkan segala tanggapan mengenai cinta sebelum ini. :)

saya teramat mengsuggestedkan kepada rerakan yang nak menikah, bacelah buku tu. moga dapat sedikit kefahaman mengenai persediaan dan perlaksaan yang anda harus lakukan sebelum berpindah ke fasa serius dan penuh tanggungjawab dimasa hadapan.

jatuh cinta itu salah? berdosa? Allahu... salah amat tanggapan itu! cinta dan rindu, Allah dah jadikan fitrah untuk kita umat manusia. Allah swt dah jadikan kita berpasang pasangan, untuk bahagia di dunia dan menjadi ibadah juga andai benar cara pelaksanaanya, mampu membawa kepada keredhaan Allah di akhirat kelak.


ada satu buku ni sahabat saya, cik Kaa Dabri kongsi hari tu mase saya tumpang tidur di rumahnya.  mengenai pahala dan ibadah yang digandakan selepas bernikah. Allahu.. ruginya kalau tak rebut.  bahagia dapat, pahala pon dapat. Redha Allah apetah lagi.. next entry insyaAllah saya sharekan yang mana mampu okey :)

nukilan dari hati:

andai benar, anda jatuh cinta. susurkan la rasa itu ke jalan yang benar.
andai benar anda jatuh cinta, bawalah cinta anda itu kepada jalan yang halal.
andai benar anda jatuh cinta, halalkan la hubungan itu kepada keredhaanNya.
andai benar anda jatuh cinta, pupuklah kasih sayang dengan cara yang disunnahkan oleh Nabi yang tercinta.
andai benar anda jatuh cinta, semoga cinta itu dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan anda padaNya.

original : Laluna :)



sekiranya, dalam hati ada rase cinta.. Maka Ada Allah swt dalam hati itu.  perbetulkan perlaksaannya, carilah jalan untuk menghalalkannya. carilah redha Allah swt didalam cinta itu, semoga Cinta yang anda rasai itu, akan membawa Anda ke JannahNya. Aamiin, Allahumma Aamiin :')



Laluna : Allah swt bagi rasa.. apakah aku sudah bersedia? permudahkanlah ya Rabb. Hanya Kau yang Maha Mengetahui. semoga rasa ini membawa kepada redha dan Jannah Mu. Aamiin . <3 p="">
Mohon doanya..blogger sekalian :)

aku mohon pada Illahi.. ya Rabb, kau tutupkanlah pintu hatiku dari mencintai sesiapa yang bukan bakal jadi milikku..
kerana aku tak mahu mensia siakan waktu. but now, Allah swt bukakkan pintu hati.. Allahu. tunjukkan aku jalan Mu, jalan yang benar, yang tidak menyesatkan dan mengecewakan. aamiin ya rabbal 'alamin :')


No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...