Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Friday, November 14, 2014

Story By Laluna : Business Is Sunnah :)

Assalamualaikum wbt.

ahlan wa sahlan ke blog kite yang dah lame berhabuk tak di update.
Alhamdulillah diri ini masih di berikan kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi yang Maha Esa, masih di berikan peluang untuk bertaubat dan menghabiskan sisa waktu sebelum waktunya di panggil mengadap yang Maha Pencipta.

seperti yang tertera pada tajuk di atas, perniagaan adalah sunnah dari Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dan isteri tercinta baginda Khadijah <3 p="">
Ianya menjadi pembakar semangat jua untuk sama sama mengikut jejak sunnah Baginda saw dengan berniaga.  berniaga la apa sahaja asalkan ianya halal, bermanfaat untuk manusia lain dan di redhai sumbernya oleh Allah swt.

Mengapa perniagaan di katakan sunnah? Dahulu nya tidak terfikir untuk mendalami mengapa ianya sunnah, hanya sekadar mengikut tanpa menerokai disebaliknya.

Setelah menceburkan diri dalam bidang perniagaan bermula dari awal tahun ini, alhamdulillah.. di bukakan pintu hati untuk memahami maksud tersirat di sebalik usaha sunnah ini.

Bila mana seseorang tu terlibat dengan perniagaan, banyak perkara harus di jaga dan teliti dengan baik bagi memperoleh sumber rezeki yang berkat dan yang di redhai oleh Allah swt.

Antara perkara yang harus di jaga adalah :

1. Amanah/Kejujuran

perkara yang berkait dengan duit/wang dan perjanjian.  setelah mengambil duit dari pelanggan, janji untuk memberi perkhidmatan terbaik harus di laksanakan dengan jujur dan amanah.  Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

2. Sifat Sabar.

Pabila dikatakan berurusan dengan yang nama nya manusiawi, haruslah di pupuk sifat sabar dalam diri, jiwa dan hati.  Oleh kerana setiap manusiawi di bumi ini mempunyai kelemahan dan kekurangan ilmu untuk memahami etika menjaga hati dan akhlak.  sifat sabar adalah sangat penting dalam melayani karenah pelanggan yang kadangkala mencabar kewibaan jiwa dan akal.  dengan adanya Ilmu dan Imaan, InsyaAllah ianya dapat di pelihara dan dipupuk semoleknya.  Sabar itu ada hikmahnya, Allah menilai usaha sabar kita. Ganjaran hebat menanti di syurga :')

3. Ukhwah/Silaturrahim

Pentingnya menjaga ukhwah/silaturrahim kerana ianya akan membantu kita dipermudahkan meninti titian sirat kelak.  Dalam berniaga, pasti nya ada daya saing yang tak mungkin dapat dielakkan.  tapi percaya la 200% , rezeki itu dari Allah swt.  Dia yang Maha Pemberi, Maha Pemurah.  Mohon lah dari Nya. Elakkan sifat dengki dengan kejayaan orang lain, bangkit dengan semangat dan kreatifan yang unik untuk bersaing dengan sihat.  pelihara hubungan dengan Maha Pencipta, jaga hati dengan melihat hanya kepada perkara positif, dan perbanyakkan sedekah untuk ganjaran lumayan yang Allah gantikan. InsyaAllah.


Setelah melalui proses penghijrahan, diri terasa tak ingin berpisah dengan imaan. Akan tetapi dalam mengelosori kehidupan yang bergolak ombak menghadapi dugaan dan rintangan dalam menjaga hati untuk husnodzon dan istiqomah kadangkala terjatuh, tersembam, terlalai, leka dengan hasutan duniawi yang mengoda.

Alhamdulillah, Allah masih sayang pada diri, pada imaan yang dipupuk senipis bawang ini.  Akan ku cuba mempertahankannya semoga sentiasa di berikan kecekalan, ketabahan, kesabaran dan ketakwaaan untuk terus berada di Jalan Ibadah, Jalan Orang2 beriman, menjadi manusia beruntung dipilih Illahi untuk syurga nanti. Aaamiin..

semoga Anda kaya dan Berjaya serta BERIMAN <3 p="">

doakan diri sendiri dan keluarga, doakan ummah juga.  Laila saedah wa ahlaam ladida.
wassalam.






Iklan :  Butik Seri Pinang, Merlimau Melaka







Business seorang muslimah yang ingin memberi manfaat dalam bidang perkahwinan, seperti mini pelamin, hantaran, photobooth, photography, printing banner dan kad kahwin.

bole layari http://lalunawedding.blogspot.com atau whatsapp 013-6499824 untuk melihat dekorasi dan contoh gubahan hantaran.
semoga anda sentiasa di redhai Nya. aamiin.


No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...