Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Monday, June 6, 2011

Laluna : Aku nak membebel pasal cinta..

Assalamualaikum ... aiy , u alls ! :)
dah berapa hari aku tak mengupdate belog kesayangan ku ini. haha *gedik tol ayat ..
sori la sebab mood tak berapa sangat la nak mengudapte nye , plus macam tak tahu nak update ape .. hehe.

tetibe pagi-pagi bute nie. aku tergerak nak buat entry pasal cinta.. but is not membebel pekejadahnya, sebab aku bukan la dikalangan orang-orang yang terer nak bergomongan pasal cinta bagai sume ini... ini hanyalah pendapat seorang single di mana ia mengatakan bahawa single itu simple, and double itu trouble ~ hahah . *sangat poyo ayat ini, sile abaikan bagi yang sedang bahagia dengan couple masing-masing :)

sepanjang penghidupan aku sebagai seorang single , untuk tahun ini sahaja , sudah mencatat kan ramai makhluk Allah yang mengakui bahawa couple itu trouble ... ramai yang kecundang. Padahal, aku tengok diaorang sangat-sangat bahagia pada awalnya, ala-ala macam dah siyes la nak kawin or melangkah ke alam rumah tangga. macam dah confirm , "oh .. dia ni la laki aku ... " , " oh .. dia ni la bini aku " lebih kurang cenggitu ler an..

As we know, memang la jodoh di tangan tuhan , tapi Allah swt beri kita akal untuk berfikir dan mencari. but untuk zaman sekarang nie, conclusion yang bole aku simpul kan *betol ke ayat ni ? hahaha. Bahawa, yang bercinta macam nak rak tu ... takkan kekal . *ini bukan satu doa, tapi lebih kepada fact or fakta ;)

sebagai seorang yang single untuk beberapa tahun ni , mata aku dah terbuka luas untuk melihat secara percuma fenomena seperti ini berlaku . yang dijangka setia hingga ke akhirnya juga curang dan kecundang hubungan ini walaupun ia menjadi hubungan yang kerap di sebut-sebut sebagai Sweet Couple Of The Year gitu . aha :)

Like we can see, kalau korang pon perasan jugak la kan. yang bercinta bertahun-tahun ini. Last-last kawin dengan orang lain jugak ... korang ade perasan tak sume ni ? yang bercinta bertahun-tahun la.. yang memang dah sampai tahap kenal mak bapak, sedara mara , adik beradik bagai . yang dah siap penah tumpang tidur kat rumah, tolong masa kenduri apa sume, semua kerabat dia pon memang dah confirm , ouh ini lah bakal menantu aku , inilah bakal akak / abang ipar aku ... but akhirnya, time bersanding or kawin . yang duduk kat seat pengantin orang lain , :) free... terkejut je dapat. benda ini sume berlaku saat-saat akhir . and i dun noe why, korang tahu kenapa tak ? haa. inilah yang dikatakan Jodoh Allah yang tentukan :)

Korang tak rase ke sia-sia bercinta macam nak rak but akhirnya ending with someone else ? or better lagi bile kite berkawan je dengan semua, and kalau ade jodoh, do ples masuk meminang, kalau serasi InsyaAllah ke pelamin la nanti , :)

Aku tahu tak semuanya berakhir dengan kecundang. and tak semuanya bahagia bile kawin dengan someone yang kite baru nak kenal hidup dia macam mana, but peratusan zaman dulu-dulu * i mean zaman nenek moyang kita dulu, semua mak bapak kenalkan, hari bersanding or nikah tu , baru diorang jumpe. can you feel that it was sweet moment , sangat mengikut syariah islam and the most important thing it was the 'KEKAL' relationship hingga ke akhir hayat. kerana ianya berlaku tanpa ape yang di maksudkan dengan maksiat.. :) aku terbaca dalam satu buku berjudul Kekasih setelah Allah s.w.t dan Rasul , ce korang dapatkan buku tu.. InsyaAllah , banyak faedah yang boleh dapat daripada buku tu, thanks for Amira Natasha :)

aku tak sesempurna mana untuk menetap and membebel mengenai segala-galanya, but as inteligent human (korang la ) bole fikir sendiri kan, kesahihan benda ni . :) aku tak mintak korang ikut 100% ape yang aku duk membebel daripada tadi, cume amik ape yang patut and tinggalkan yang tak patut tu.. kalau dah jumpe yang sesuai, cepat-cepat teruskan dengan sesuatu yang lebih kekal , maybe boleh bertunang dulu ke.. kan sweet tu . hehehe.. for now, aku sendiri takde calon siapa-siapa pon.. bukan memilih, belom jodoh kot. perangai sendiri belom sempurna, aku pon tak tergamak nak memikio kan perkara ini dengan serius.. FRUST is something yang sangat damn .. semua orang pun tahu and taknak menghadapi nya, so were me. cakaplah aku pengecut ke ape.. itu dah pilihan hidup aku , sebab aku percaya , semua orang ade jodoh, kalau bukan disini *dunia ni , mungkin di akhirat kelak, wallahualam :)

lalun : semoga kita semua di berikan jodoh yang dapat mengeratkan lagi silaturahim kita dengan Allah s.w.t dan membawak kebahagiaan yang kekal hingga ke akhirnya , amin *sile aminkan jugak.. doa untuk semua ni  . :)

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...