Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Thursday, August 18, 2011

Laluna , Ramadhan INFO : cara terbaik berbuka !

Assalamualaikum . hai hai hai . ;)
dah lame kan lalunn tak share something yang berINFO kat blog ni. asyik merepek repek jeh. padahal masalah kat dunia ni tetap akan ade. yang penting kite tabah tuk hadapi sume nye :) ok . malas bebel pasal tu . move on to the title of this entry..

kebanyakkan daripada kita , tahu ape itu berbuka . and tahu jugak mengenai berbuka pada awal waktu banyak pahalanya.. tapi tahu ke kite cara yang terbaik untuk berbuka puase. haa.. tadi lalunn mengodeh2 si fb ni.. terjumpe ade someone post. so rase cam tak besh lar kalo tahu sorang sorang kan. baik kite share info . sharing is caring rite ? hehe ;)



ok. bace kat bawah ni.. k



Kaedah terbaik ketika berbuka:
  • Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.
  • Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
  • Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur,   tauhu dan kekacang.
  • Kurangkan kadar makanan daripada biasa.
  • Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.
  • Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak   mungkin.
Cara berpuasa yang boleh memudaratkan:
  • Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).
  • Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.
  • Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
  • Mengulangi makan sepanjang malam.
  • Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.
  • Tidur selepas kenyang makan.
Bagaimanapun, umat Islam perlu beringat dan tidak lupa diri selepas Ramadan kerana amalan ketika Aidilfitri juga boleh merosakkan manfaat puasa seperti:
  • Makan banyak (terutama daging, berempah, berlemak dan berminyak).
  • Makan kerap.
  • Kuih-muih yang payah dihadam.
  • Air mengandungi pewarna, perasa tiruan.
Mesej utama ialah, pembaziran juga ‘pembunuh’ manusia kerana hidup dalam keadaan terlalu mewah tanpa berusaha menjaga kesihatan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.
di petik dari http://paaduu.com/cara-berbuka-puasa-yang-betul/


lalun : semoga kite sama sama bertabah and sabar sepanjang melalui dugaan dalam bulan ramadhan ni ;) ceriakan diri selalu. walaupun puase tak bole tension tension tahu ! hehee. thanks for readinggg. nak share pon bole tade hal sebab lalun pon share gak daripada orang. huhu ^_^

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...