Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Monday, July 8, 2013

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan :')

Assalamualaikum wbt .
Alhamdulillah, Allah permudahkan dan masih memberi kita kesempatan untuk bertemu dengan penghulu segala bulan, bulan yang seribu kali lebih baik dari seribu bulan iaitu Ramadhan Al-Kareem .

Allahu.. Allahu ..Allahu..
Akan tetapi sebelum memulakan ibadah yang pahalanya berganda ganda dari bulan bulan biasa, kita haruslah bersihkan hati dan jiwa raga. Mohon maaf dengan semua orang dan maafkan semua pihak.  Bukan mudah sebenarnya nak mohon kemaafan yang tulus ikhlas dari manusiawi, lebih mudah memohon keampunan dari Allah swt yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Walau seluas lautan sekali pon dosa dosa kita, setinggi gunung sekali pon kesilapan kita, Dia tetap ampunkan dan menerima taubat kita selagi kita tidak mensyirikanNya :'(


Dikesempatan yang Allah swt kurniakan ini, saya nak mohon maaf dari semua pihak, diatas kelalaian, keterlanjuran, kesilapan dan kekhilafan diri ini yang sememangnya tidak pernah sempurna. saya hanya manusia biasa yang diberikan kesempatan menapak di bumi Illahi ini untuk mencari keredhaan Nya.

Mungkin saya tidak mampu memenuhi kepuasan hati tiap tiap pihak yang berhubungan dengan saya selama ini.  saya menyusun sepuluh jari memohon maaf diatas kelemahan itu.  semoga kita masih masih di berikan kesihatan, keupayaan dan kegigihan untuk beribadat berkali ganda untuk bulan Ramadan yang Mulia ini.  semoga istiqomah juga selepasnya, Aamiin.



Mari bersihkan hati, bersihkan jiwa dengan sebuah kemaafan.
Selamat Berpuasa, selamat bertadarus, selamat bertahajudd, selamat berterawikh dan sebagainya.


ikhlas : Nurul Laluna

to sahabat-sahabat yang dah bertahun tidak mendengar khabar berita, sekiranya terbaca ruangan blog ini.  mohon dimaafkan dan dihalalkan segala nya sepanjang kita berhubungan. terima kasih.

cc: Izhar Azmil bin Kamaruddin
     Nurul 'Ain binti Ahmad Fuadi
     Faseeha Akmal binti Nordin

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...