Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Thursday, May 26, 2011

LALUNA : Lalun jumpe bomoh ?!!

erk... Assalamualaikum .... hehe..
entry kat atas nie maybe nampak pelik-pelik sikit tajuknya...
kenapa aku tibe-tibe bercerita mengenai topik bOmoh secara tibe-tibe nie ? lalun dah buang tebiat ke ? ouhhhh.. tidak-tidak .. aku masih lagi waras.. seadanya aku .. sebagai laluna =p

korang percaya pada bomoh tak ? *soalan pembuka bicara ... bagi ayat-ayat yang bakal aku taip nie.. kalau percaya .. sila angkat tangan, kalo tak, sila geleng kepala *macam la aku nampak ko buat cmtu kan ? haha sengal =p

okay2, be siyes.. ;)
ikot sukati korang la nak percaya ke tak ..aku cume nak menceritakan tentang bomoh .. and berkongsi pendapat aku terhadap mereka-mereka itu ..
cerita asal dan watak telah di gubah oleh laluna : tapi cerita ini original created by nurul laluna okay ! untuk renungan dan tatapan kite bersama :)

story 1:

kemenyan : sumber daripada google.


mulakan kaki melangkah... hidung ku terbau , bau kemenyan...kuat ,, terbatuk-batuk seketika .. mata meliar melihat sekeliling rumah , terdapat mereka -mereka yang sedang duduk menunggu .. berbekal kan air botol penuh berisi harapan , agar niat mereka tertunai .. dengan plastik bunga.. limau , dan sebagai nya sebagai mana permintaan .. si bomoh..
salam di berikan .. kelihatan seorang perempuan yang lebih tua daripada ayah ku ... memakai tudung putih .. tapi terbalik... kawasan perubatan itu kelihatan kotor dan tidak tersusun segalanya.. aku seperti sangat batak , melihat sekeliling.. dari dinding ke bumbung... hingga ke lantai ... ade kain kunink membalut kayu besar seperti arang , kayu kayan , ranting bersusunan di sekeliling... dihadapan bomoh itu .. terdapat satu mangkuk .. dan di sebelah nya terdapat sebotol air penuh ... di hadapannya terdapat semangkuk kemenyan yang bau nya memenuhi ruang udara... aku bersimpuh di hadapan nya, sambil memandang dua manusia yang berada di sebelah kiri dan hadapan ku ..
si makcik ini .. atau mungkin bisa ku gelar nenek pada pandangan ku .. mengakhabar kan berita tentang seorang lagi yang berada di sebelah kanan ku tentang masalah nya.. kelihatan bomoh itu , menggangguk2 kan kepala nya tanda paham...

mandi bunge : sumber google.


dia kemudiannya bersuara bertanya kan nama manusia di sebelah kanan ku .. kemudiannya , dia mengambil plastik berisi bunga dan limau yang dihulurkan oleh si manusia tadi ...
dia membaca bismillah ... aku terkaget seketika... bomoh ini betul kah ? kerana jampi nya menyebut-nyebut nama Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w . tapi hanya pada permulaan ayatnya , setelah itu segalanya hilang .. hanya bibir tuanya yang berkumat kamit .. membaca sesuatu ..
setiap inci gerak geri nya aku perhatikan , tanpa satu pun yang terlepas dari renungan mata ku .  dalam masa yang sama , hati ku tertanya-tanya akan kebenaran bomoh ini yang sebenarnya .  dia menggunakan ayat-ayat tuhan..
tapi ? arhh... aku kehilangan kata-kata untuk memikirkan nya lagi ..
tangan bomoh tua itu memotong buat limau.. mula dari kiri.. ke kanan , atas dan bawah limah itu .. mangkuk di hadapannya berisi air .. dia mula meramal...
"oh.... dia ni ade yang nak kenakan ni. ade yang tak puas hati dengan mak bpak dia dulu , lalu di hantar kan benda ni.. biar dia rasa anak dia tak kawin " kata bomoh itu ... dia mengacau-gacau mangkuk berisi limau di hadapannya itu .
nenek di sebelah kanan ku pula bertanya kepada bomoh itu " bolehkan kite buangkan nya ? maksudnya kasi halang la... biar dia ni ade orang nampak , biar dia bole kawin .."
si bomoh melakukan perkara yang sama , sekali lagi bomoh itu memotong buah limau di hadapan nya..
" boleh , kalau cukup syarat-syaratnya ... kita boleh buat ni .. kite bagi dia mandi air bunga ini dlu .. lepas ni , tolong bawak barang-barang yang macik sebutkan ni ya.. "
lepas satu, satu di sebutkan ... aku makin penink, tapi otak ku lebih ligat menghafal segalanya...

- air kolah masjid satu botol
- air yasin satu botol
- bunga 5 jenis
- limau tiga serangkai
- sirih junjung
- bunga rampai
barang yang di minta membuatkan aku lagi terpinga... bomoh ni, bomoh betol ke ? tak syirik ke percaya kat dia ni ? bukan la sembah dia ke ape .. tapi tak khurafat ke ? makin berganda segalanya..
setelah masing-masing berjanji akan datang semula dan mendengar segala yang di pesan oleh macik bomoh tadi, semua berangkat ..
yang keluar daripada mulut macik tu .. "kite cube, ikhtiar ... " ayat macam sedap tapi ... hati aku tetap tak tenang mendengarkan nya ...

selepas pada itu ..

story 2 :

aku bersinggah lagi kerumah orang untuk mengubat orang lain pula .. kali ini , rumah seorang ustaz ... ketika sampai di rumahnya. aku merasakan ketenangan .. dia duduk di atas kerusi sambil menanti pesakitnya..
dia seorang lelaki berusia hampir 60an. memakai songkok haji berwarna putih, berkemeja biasa, berkain pelikat, tampak kemas , di dahi nya ada tanda hitam... biasanya itu tande orang kuat solat , *selalunya la..yang aku tahu...

gambar : sumber daripada google.


salam kami berikan .. dan aku bersimpuh di bahagian kanan tempat berubat. tempat itu dia luar rumahnya, di kawasan kaki lima yang agak lapang... di sebelahnya ade madu-madu yang di isi kedalam botol, ade jugak susunan botol-botol berisi air putih ... atau pon air masak .
seorang macik membawa anak nya , datang kerana anaknya nya itu malas kesekolah, asyik mahu bermain sahaja .. ustaz tu memanggil budak berusia dalam lingkungan 7-8 tahun itu agar mendekatinya..
dengan lafaz bismillah .. dia menekan bahagian belakang budak itu .. jeles kedengaran dia membaca kan ayat-ayat suci alquran.. aku tersenyum lega .
selepas melakukan sedemikian , ustaz itu berkata ' nadi dia ni lemah nie... dekat sini.. dia menunjukkan salah satu anggota tubuh budak itu ..  lalu satu ayat alquran di baca... ade air di hadapannya .. satu surah yang lazim di baca dalam alquran di perdengarkan.. selepas itu .. dia berpesan .. kepada ibu si budak terbabit.. supaya menyuruh anak nya itu minum air tersebut balik nanti ..  si ibu mengucapkan terima kasih .. dan berlalu pergi ..
macik yang bersama ku dan seorang nenek pula menghampiri ustaz itu . ustaz itu kehairanan , seraya berkata " bukan semalam sudah datang ke ? "tapi dia masih mengukirkan senyuman kepada mereka. si nenek pula membalasnya .
"memang dah datang semalam ustaz , tapi bukan semalam ustaz ade mintak air tebu hitam ke ? tu yang saya datang bawak kan anak saye sekali ni .. '

lalu air tebu itu di hulurkan kepada ustaz itu . dia mengambil sebotol, lalu di baca kan ayat-ayat suci alquran..   selepas itu dia menekan bahagian belakang macik yang bersamaku tadi. "hmm.. sudah keluar.. hari ni rase baik sikit daripada semalam kan ?" macik itu mengangguk kepalanya.
'alhamdullillah... nah, esok minum air tebu ini pada pagi nya.. amalkan setiap hari.insyallah,  selera makan pun akan bertambah baik.. "
mereka mengucapkan terima kasih kepada uztaz itu setelah memberi sedikit sedekah kepadanya..





berdasarkan dua cerita kata atas ini . ape yang korang bole fikirkan ?  maksud aku perbezaan antara dua cerita ni ... mana satu yang bisa kalian percaya ? adakah dua-dua benar ? atau salah satu benar ? atau pun kedua-duanya tidak benar ?

kalau bagi aku . ustaz itu mungkin benar, di kurniakan oleh Allah s.w.t sedikit kurnia untuk mengubat mereka-mereka itu. tetapi tidak bagi si bomoh tadi . kerana seketika hati tidak langsung tenang melihat setiap inci perlakuannya menimbulkan perasaan tidak senang.


lalun ; buat renungan kita semua. tiada kuasa yang jauh lebih tinggi melainkan kuasa Allah. s.w.t .. semoga kita di jauhi daripada perkara-perkara munafik , khurafata dan sebagainya.nauzubillah, minta dan berdoalah pada yang Maha ESA moga di kurniakan rahmat yang sebetulnya, amin yarabal alamin :)

4 comments:

NURUL NATASYA AMIR said...

Hye dear ,u ask percaya bomoh ke tak eh.ofcos NOT ! why not kita mintak pertolongan dari NYA je kan :)

Miss Lalunn said...

yuppp betol tu, kdg2 tk paham pemikiran sesetengah orang tu,nk senang jeh, dengan gune bomoh2 nie, ntah ape2 ntah ....

|ShaChaPe'ah| said...

uishhh..
aku tkt nk bace entry ko yg nie memndgkn skrg jam menunjukkn pukul 1.16am..haha:D

Miss Lalunn said...

hahahaha penakott nye cachaaa!!!

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...