Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Monday, August 1, 2011

Laluna : Ramadhan , kelebihan kurma ;)

Assalamualaikum ;)
sempena ramadhan , jom kite semak ape kelebihan buah yang paling popular dalam bulan ramadhan ni  , kire buah kurma ni . buah yangg paling pemes emes lar orang mesti cari punye. macam dah kire kewajipan gitu.. ;p
so marilah kite menambah pengetahuan am kite mengenai nya. hehe.



Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis p...alm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta
zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.

Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan”.
(Al-Mukminuun;19)

KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untuk memulakan sesi berbuka puasa dengannya.

Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Daripada Anas: “Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib, kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
wallahu'alam

lalunn : lepas ni amalkan selalu ye. salam ramadhan dari laluna ;)

6 comments:

zie_ira said...

dulu kite memang tak suke makan kurma, sanggup beli sunsweet peganti kurma,,skarang ni da belaja makan kurma yusof taiyob,,sodapp pulak,,smpai sekali makan mau 3,4 bijik,,hehe,:D

Unknown said...

hahaha amboit kau , nk kurma yusof taiyobb je, kurma rm10 kt bazzarr ramadhan memau tu , tak bole ke ? hahaha. chaitt. hehehe ;)

Zul De Alexis said...

td wak tu berbuka pon selendang mam kurma gak tapi tak tahu lah jenama apa...yg penting kurma..hehe

Unknown said...

hehehe tu la tu , tak kisah la pape jenis kurma pon, janji benefit kurma tu yng penting. ;) sunnah nabi kan. hehe :)

Anonymous said...

yusuff taiyob di hati.. hehe! ^^

Unknown said...

hehe yeahhhhh ni lagi soranggg awek yusoofff taiyobbbb. heheh ;)

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...