Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :)

salam ramadhan from me :)


Assalamualaikum ya uhkti , wa akhi .
Sepertimana yang telah di ketahui oleh semua warga muslim di Malaysia, Indonesia dan Singapore , hari sabtu bersamaan dengan tarikh 21hb July 2012, adalah tarikh yang paling di nanti para muslimin muslimat yang mencintai bulan penuh keberkatan ini , bulan Mulia yang bernama Ramadhan .



Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan RAMADHAN. Masih di beri peluang, di panjang kan umur , diberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa berserta ibadah2 lain dengan nya.  Renungkan diri seketika, akan kah kita menggunakan kesempatan ini untuk melakukan yang terbaik? lebih baik dari ramadhan yang lepas ? atau kah kita akan memandang sambil lewa, kesempatan yang masih lagi Allah swt beri kan?

Ingatlah sahabat sahabat ku sekalian, perkara yang kita tidak tahu tapi PASTI itu adalah KEMATIAN.  Nyawa kita akan dicabut Izrail bila bila masa sahaja, sebaik saja sampai waktunya. Takkan sekalipun di anjak, takkan sekali pun di percepatkan !

Andai ini ramadhan terakhir kita? Andai kita tidak di beri kesempatan untuk bertemu dengan RAMADHAN yang akan datang. Cukupkah amalan kita untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla ? Masya Allah.. tidak kah rugi kita mensia sia kan peluang yang datang hanya sebulan sekali dalam setahun ini.

Ya Ukhti , wa Akhi yang dicintai kerana Allah sekalian, yang dikasihi Illahi..
marilah kita sama sama menggunakan kesempatan yang diberikan. Puasa adalah rukun Islam yang keempat. yang di wajibkan keatas kita, Umat Islam.

Para Ahli Tafsir menyatakan bahawa kewajipan melaksanakan puasa RAMADHAN di tetapkan oleh Allah s.w.t pada 10 Syaaban tahun kedua Hijrah.  Secara TEGAS Alquran menyatakan bahawa tujuan puasa yang hendaknya diperjuangkan, adalah untuk mencapai ketaqwaan atau la'allakum tattaqun.

Janganlah ibadah puasa kita di sia sia kan, tidak memperolehi sesuatu pun dari nya kecuali lapar dan dahaga.   Menahan lapar dan dahaga bukanlah tujuan UTAMA puasa.  Firman Allah s.w.t "Allah menghendaki untuk kamu kemudahan, bukan kesulitan," . Dalam sebuah hadis, Allah berfirman " Semua Amal Putera Puteri Adam untuk dirinya, kecuali puasa.  Puasa adalah untuk Ku dan Aku yang memberi ganjaran atasnya".

Ini membuktikan bahawa puasa merupakan satu ibadah yang UNIK, ya.. kenapa kita kata ianya UNIK ? contohnya , puasa ini merupakan  rahsia antara Allah s.w.t dengan hambaNYA sendiri. Bagaimana boleh di katakan begitu ? Lihat dan tanya pada diri sendiri.  Bukankah manusia yang berpuasa dapat bersembunyi untuk makan dan minum ?

Sebagai manusia biasa pastilah kita punya keinginan untuk makan dan minum di siang hari pada bulan RAMADHAN. Lalu apekah motivasi kita untuk menahan diri dari makan serta minum? Tentunya sekali bukan takut atau segan kepada manusia. kalaulah kita segan padan manusia. kita boleh makan dan minum secara sembunyi!  Disinilah kesimpulan dapat dibuad. Bahawa orang yang berpuasa melakukanya semata mata kerana ALLAH S.W.T :')



Rasulullah memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, maksudnya :
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya.  Pada bulan ini pintu2 syurga dibuka, pintu2 neraka ditutup dan para syaitan diikat , juga terdapat pada bulan in malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperolehi kebaikan-nya maka dia tidak memperolehi apa - apa , "     (Hadith Riwayat dan An-Nasa'i)

Masih tidak menghargai bulan mulia ini ? mari kita bawa kan satu lagi hadith yang di riwayatkan oleh Ahmad.  Dimana Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang lima keutamaan dan keajaiban puasa RAMADHAN.

" Umatku pada bulan RAMADHAN diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya.  Iaitu bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi, para malaikat memohonkan keampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah s.w.t setiap hari menghiasi syurga-Nya lalu berfirman kepada syurga, hampir tiba saatnya para hamba-ku yang soleh dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, pada bulan ini para jin yang jahat di ikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti bulan lainnya, dan diberikan kepada umatku keampunan pada akhir malam.  Baginda di tanya, "wahai Rasulullah, apakah Malam Lailatul Qadar? Jawab baginda, Tidak. Namun orang yang beramal tentu di beri balasannya jika menyelesaikan amalnya, "


Masih terdapat pelbagai lagi KEISTIMEWAAN bulan Al Mubarak ini. Alangkah ruginya jika kita mensia siakan peluang ini. Bulan yang di panggil Bulan Ibadat ini mempunyai satu lagi keistimewaan bagi kita semua.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda :

" Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah penutup dosa dosa (kecil) yang dilakukan antara keduanya, bila dosa dosa besar di jauhi"
Hadith Riwayat Muslim.


Ada satu pintu khas bagi mereka yang berpuasa yang di namakan Rayan. hal ini di sebut oleh Sahal bin Sa'ad, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Bahawa sesungguhnya bagi jannah itu ada sebuah pintu yang disebut Rayan. Pada hari Kiamat dikatakan: Dimana orang yang berpuasa (untuk masuk jannah melalui pintu itu), Jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu, "                                      (HR: Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Puasa itu perisai yang digunakan oleh seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka," Hadith Riwayat Ahmad.


"Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas maka Allah ampuni dosa dosanya yang telah lalu dan dosanya yang sekarang, "  (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkan betapa banyak keistimewaan bulan ini.  Mana tidaknya para ahli syurga, orang orang yang mencintai Allah s.w.t, mencintai Rasulullah , mencintai akhirat lebih dari duniawi.  Menanti nantikan saat ketibaan Bulan Barakah ini!

Dengan melangkahnya kita ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, makan bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah.  Yang dikejar bukan pangkat, bukan nama, kesihatan dan kemuliaan DUNIA atau di sisi Manusiawi. tetapi Pangkat dari Allah iaitu darjat Taqwa kita di sisiNya. :')

RAMADHAN adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada FITRAHnya.  Penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah ruah dari Allah s.w.t.  Inilah masa terbaik untuk kita meningkatkan amalan amalan taqwa dan mendidik serta membersihkan hati dari sifat sifat yang bertentangan dengan fitrahnya.  Peluang untuk ini terbuka luas sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan, melalui ibadah puasa.  Juga kepada ibadah ibadah lain seperti sahur, berbuka, solat terawikh serta membayar zakat.


Terlalu banyak yang ingin di kongsi berkaitan ramadhan ini. cukuplah sekadar ini sahaja buad malam ni.  InsyaAllah akan di kongsikan segala ilmu yang ada buad kalian yang sudi mengunjungi belog ini :)

Semoga kita berada didalam Rahmat dan Keredhaan Nya sentiasa . Allahumma Ameen :')
Selamat Menjalani Ibadah Puasa to All Muslimin Muslimat tak kira di mana jua anda berada.  Semoga Ramadhan kali ni bermakna dan menjadikan kita umat dan hamba Nya yang lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah. Berusahalah memperbaiki diri dari hari ke hari.

Hidayah titipan Allah s.w.t pada hambaNya perlu di cari! Tepuk dada tanya Iman! Tanya Amal! cukupkah ? untuk mengadap Illahi.  Muhasabah diri, kenangi dan renungi setiap kelakuan diri, jadikan ia batu loncatan untuk terus mekar mewarnai liku liku ibadah untuk menjadikan kita lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik dari hari ni! semoga berjaya wahai sahabat ku !

Ukhuwah Fillah Abadan Abada till Jannah , InsyaAllah! Allahuakhabar! :')

Dikesempatan ini , kita Nurul Atiqah binti Mohd Nor menghulurkan sejuta kemaafan kepada Kalian. Sahabat sahabat handai , yang baru atau lame, yang mengenali diri ni . sebelum atas selepas 'hijrah' ini.  Agar dapat la kira nya kalian memaafkan diri ini.  Manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan, Maaf di pohon di pinta. Semoga sama sama kita mulakan ibadah dengan hati yang suci murni , bersih dari hasad dengki. Kukuhkan ukhuwah sesama islam . capailah kejayaan bangunkan Ummah ! Insya Allah .

Wallahualam. segala hadith di perolehi dari " Rahsia Keajaiban dan Kelebihan Bulan Rejan, Syaaban dan Ramadhan" Abu Ahmad Yasin.

Jadikan Al Quran teman rapat kita sepanjang bulan ini :)


laluna : Diberi peluang untuk memohon maaf pada seorang hamba Allah yang pernah melukakan hati ini, tetapi masih tidak berkesempatan mengucapkan nya. Semoga di bukakan hati dan Hidayah . semoga mendapat petunjuk Allah . Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu, Sahabat. (andai bisa di gelar seperti itu). InsyaAllah. amin yarrabal alameen. :')

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...