Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Thursday, November 22, 2012

SIFAT NERAKA

Assalamualaikum wbt .

Alhamdulillah . hari ini , di beri peluang untuk berkongsi sedikit mengenai SIFAT  NERAKA. semoga mendapat manfaat , In shaa Allah :)




Ianya sangat panas membakar dan tidak ada kesejukan sedikitpun di dalamnya..

Allah berfirman :

"Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu. Dalam (siksaan) angin yang amat panas dan air yang panas lagi mendidih serta dalam naungan asap yang hitam.  Tidak sejuk dan jugak tidak menyenangkan "
(Surah Al Wa'qiah : 41-44)

Dalam ayat ini disebut bahwa hal yang merupakan sumber rasa dingin di dunia ini ada 3, iaitu air, angin dan naungan.  akan tetapi air, angin dan naungan ini tidak bermanfaat sedikitpun bagi manusia di dalam NERAKA. Mengapa?

Kerana angin yang biasanya memberikan rasa kesejukkan didunia, di NERAKA angin tersebut berupa As-Samum iaitu angin yang sangat panas tiada tanding, air berupa Al Hamim air yang sangat panas lagi mendidih serta naungannya berupa Al Yahmum iaitu asap panas dan tebal yang berasal dari asap api neraka.

Bayangkanlah wahai kaum MUSLIMIN dan MUSLIMAT, bagaimana rasanya masuk ke tempat yang rendah lagi HINA tersebut ? :(


Ada pun tentang api NERAKA mereupakan api yg sangat panas yang tiada tandingan nya di dunia ini.
Rasulullah s.a.w mengambarkan bagaimana panasnya api JAHANAM dalam sabda beliau :

" Api Kalian yang ada di dunia ini adalah satu bahagian dari 70 bahagian api NERAKA jahanam," (Mutafaqun'alaih)




wallahualam.

Ayuhlah bertaubat ke Jalan ILLAHI sebelum Allah swt memanggil kita pulang.
Takutlah pada Azab Allah yang Maha Dahsyat lagi Maha benar bagi mereka yang derhaka padaNya.
Moga kita semua dijauhkan dari seksaan api neraka.

Aameen , Allahumma Aameen.



tazkirah ringkas maghrib oleh my dear sister : Nadhirah Hadi
syukran kak syg.

semoga bermanfaat .
salam jumaah barakah ya ukhuwah fillah . :')
salam 10 Muharram .

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...