Sape follow dia comeyl , hehehe =)

Tuesday, August 2, 2011

Laluna : Intisari Rancangan Sempena Ramadhan yang terbaikk buad tatapan semua :)

assalamualaikumm !


 (waalaikummusalamm lalunn ) jawap camtu aw. hehehe .
olrte.. lalun baru jek balik daripada solat terawikh ni , alhamdulillah. buad mase ni .. dapat la tunaikan nye. korang caner lak ? hehe . just grabbbb the chancee yang hanya datangg sekali dalam setahunn ni ;)
rase tenanggg je bile balik terawikh. hehe tapi keadaan dah tak macam dulu . sebab dah pindah rumah kan , kalo dulu tu lepas balik terawikh meesti lepak depan rumah . amik angin malam , borak borak dengan cousin cousin . mira , syera ... huhu. now balik balik je ngadap laptop. huihhh bosan , tak rase cam ramadhan sangat. after balik tu .. takpelah malam ni nak try amik angin malam kat rumahh depan ni , tengok caner eh. hehe..

okay beforee lalunn melalut terlalu panjangg.. lalunn nak share gan korang sume, intisari rancangan menarik yang lalunn rase kite bole layann time timee ramadhan ni , ade yangg bole menginsafkan dari hiburan hiburan yangg di sajikan tu . amik yang baik , yang tak baik tu jadikan teladan jelah eh . okay stat from TV eh.

1. TV AL-Hijrah : siaran 24 jam :)


Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Bukhari Che Muda berkata, siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 pagi.

“Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Menurutnya antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi.

2. Astro Oasis : Tanah Kubur ..

mengisahkan tentang pengalaman seorang pengali kubur bernama Tok Adi ( lakonan Nasir  Bilal Khan ) 
antaranya : nisan terbakar : orang itu semasa hidup nya suka mengumpat , ular hitam melingkari mayat : orang itu suke makan riba semasa hidupnya , air hitam melimpah didalam kubur : orang itu semasa hidupnya suka makan harta anak yatim ... dan sebagai nya. 
banyak yang bole kite amik sebagai pedoman dalam meniti kehidupan ini. banyak juga kisah nya yang menginsafkan agar kite sentiasa dapat mengingatkan dirii kite tentang azab seksa akan setiap perilaku amal kite sewaktu hidup.. wallahualam .
setiap jumaat 
bermula 13 Mei lalu 
7:30 malam

3. Ramadhan terakhir (tv3)
synopsis :
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa. Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? ..
sama sama kite hayati kisah ni nanti ye . ;)

4. Periuk hangus (TV3).
okay , dah puas rancangan yangg menginsafkan. lalunn nak suh korang jenguk rancangan pembuka selera plak . haa. ni start esok ni. hehe meh kite try tengok lak . hehe
Saksikan 8 pasangan selebriti tanahair yang bakal ‘berentap’ menonjolkan bakat memasak seperti seorang chef profesional dalam menyediakan menu istimewa Hari Raya. Setelah mengetahui resipi tersebut, mereka dikehendaki membeli bahan-bahan dengan sejumlah duit untuk memasak. Sesi penyingkiran akan diadakan pada setiap episod. Hanya 2 pasangan selebriti akan beraksi di episod akhir untuk bergelar juara “Periuk Hangus” dan seterusnya memenangi hadiah wang tunai. Antara selebriti-selebriti yang menjayakan program tersebut ialah Amanda Misbun, Munif Isa, Azam Pitt, Syakilla Khorairi, Sharifah Shakina, Allana Amir, Raja Azura, Zul Yahya, Farhan, Zoey, Shasha Saidin, Ana Dahlia, Zulin Aziz, Shera Ayob dan Raja Azura


Program yang berlangsung selama 5 episod ini akan ditayangkan setiap hari Rabu bermula 3 Ogos pada jam 10.00 pagi di TV3 dan akan diacarakan oleh Chef Zam serta pengacara bersama, Aszrul. Saksikan telatah dan kehebatan selebriti pujaan anda ketika memasak

nie je yang mampu di survey oleh lalunn malam ni . perut lapar mintak popia pedas. haha jom makan ! nanti update lagi 1 entry. pstu baru aku tido. hehe ;)

No comments:

ce tekan , ce tekan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...